Persediaan Menyambut Hari Kemerdekaan

August 20, 2015

Bulan Ogos semestinya sangat sinonim dengan hari kemerdekaan negara kita, Malaysia. Semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dibawah lindunganNya. Dalam kegembiraan nak sambut merdeka ni, terselit jugak rasa kecewa dengan segelintir manusia yang merosakkan harta benda awam. Ada pulak yang duk conteng dinding mural kat Penang ni. Sedih, bila apa yang kita buat tak dihargai, malah di rosakkan lagi. (Aku sebagai student art sangat kecewa)

Sumber Gambar : FOBN

Persediaan Menyambut Hari Kemerdekaan

Apa-apa pun, gembira bila tengok lukisan mural baru yang berkonsepkan hari kebangsaan, kalau tak silap, yang terbaru kat Johor yang hampir siap sepenuhnya. Itu menunjukkan masih ramai  lagi rakyat Malaysia yang sangat patriotik dan bersungguh-sungguh membuat persediaan sempena hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2015 yang bakal tiba. 


Sumber Gambar : FOBN



Bersatulah kita rakyat Malaysia, jangan terus percaya pada berita yang belum tentu benar. Sekarang ni orang luar tengah memerhatikan kita, tunggu masa je nak jatuhkan negara kita. I love Malaysia.



Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan



Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan




Nota SF :

Suka dengar lagu Sudirman yang ni. Lagu kenangan masa camping time belajar dulu :')






You Might Also Like

9 comments

  1. rasa ralat jugak...sbb baru je berjanji dengan kawan nak pi sana..ttbe dah jd macam ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, rase sakit ati pn ade kt manusia yg buat tu, huhu

      Delete
  2. Mengidam atau mengada-gada? Tanya badan anda Mengidamkah?




    ReplyDelete
  3. Jahatnya ! Dah lah tak pernah g sana lagi, sedih punya manusia la !

    ReplyDelete
  4. suka zaman sekolah dulu. selalu ada pertandingan poster. bila dah besar, kibar jelah bendera... itupon kalau ada... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, teringat gula-gula bendera zaman kecik2 dulu..

      Delete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)