Langkah-langkah Mengisi Minyak Kenderaan Di Stesen Minyak

December 11, 2015

Assalamualaikum,

Tajuk bukan main panjang ehh, tapi lepas la baca dalam satu nafas je. Tak semput lagi kan, hehe. Entri hari ni tentang langkah-langkah mengisi minyak kenderaan di stesen minyak berdekatan. Sebenarnya tak penting pun stesen minyak tu jauh ke dekat, yang penting kita boleh isi minyak kenderaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Gituu.

Aku dulu pun tak pandai jugak nak isi minyak sendiri. Kat tempat aku ni kalau nak isi minyak motorsikal, selalu ada pekerja stesen minyak tu yang tolong isikan. Lagipun sekarang ni memang tak banyak sangat dah stesen minyak yang ada pekerja isi minyak. Semua kita kena buat sendiri. Aku mula isi minyak sendiri sejak bawak kereta. Nak taknak memang kena belajar jugak isi sendiri, sebab kalau takde pekerja kat situ takkan nak suruh orang kat kereta belakang yang isikan untuk kita :( Malu laaa..

Mula-mula tu aku ingat kan susah sangat nak isi minyak, tapi lepas dah cuba untuk pertama kalinya, aku pass la test ni. haha. Tapi aku bawak adik sekali, sebab dia dah biasa isi sendiri, so dia boleh ajarkan aku dan tengok kot-kot aku tersalah isi ke apa. Okey, saje je kan nak buat entri ni, mana tahu kalau-kalau ada jugak yang sama macam aku, yang mula-mula tu memang tak berani nak isi sendiri, hihi


Langkah-langkah Mengisi Minyak Kenderaan Di Stesen Minyak

Bila dah siap letak kereta kat sebelah pam minyak, perkara pertama yang kita perlu buat ialah matikan enjin kenderaan untuk mengelakkan kebakaran kenderaan. Jangan lupa matikan telefon bimbit juga.

Lepas tu :

1. Turun dari kenderaan, tengok nombor pam minyak tu. Tengok samada nombor 1/2/3/4 atau 5 dan seterusnya. 

2. Terus pergi ke kaunter stesen minyak. Bagitahu lah cashier tu nombor pam minyak dan berapa ringgit awak mahu isi. (Bayar dulu baru isi)

3. Cashier tu akan setting, so kita tak perlu risau terlebih atau terkurang isi ke apa.

4. Pergi semula ke pam minyak tadi.

5. Buka tangki minyak kereta dulu (Kalau tak buka macam mana mau isi -.-)

6. Angkat nozzle dari tempatnya dan masukkan nozzle tu ke dalam lubang tangki minyak.

Nozzle

7. Tekan nozzle yang macam pistol tu. Kalau tak tekan minyak tu takkan keluar. (Sambil tengok bacaan minyak pada pam)


8. Bila dah selesai isi, letak semula nozzle tu ke tempat asalnya. Jangan lupa untuk tutup semula tangki minyak. 

Ok, dah boleh start enjin kereta dan gerak seperti biasa sambil senyum sebab dah boleh isi minyak sendiri dengan jayanya ^__^





You Might Also Like

25 comments

  1. for the honest, selama yanie memandu since form 3 belum pernah sekalipun nk cuba isi minyak ;D sb takuttt and selalu rasa xpandai hahahahahahahaha TQ info ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, mcm tu la perasaan sy sblm isi sendiri. Haha, tapi kena cuba jugak, sbnrnya semua orang boleh je, cuma kena yakin je. Yanie pn boleh, good luck ! :D

      Delete
  2. sangat berguna terutama untuk saya yang sampai sekarang naik motor aje reti tapi isi minyak tak reti.. hehe... bapak juga yang tolong isikan... >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih ^^ lepas ni try la isi sendiri, ajak org teman, hee :D

      Delete
  3. apa maksud warna pada nozel minyak tu..Kuning dan Hijau..sampai sekarang saya masi tak tau..dan minyak untuk motor ex 5 guan minyak petrol ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuning-RON95,MINYAK MURAH
      HIJAU-RON97,MINYAK MAHAL
      Minyak bagus warna hijau,tapi kalau orang kaya pakai la minya hijau,kalau x mampu kuning jaa

      Delete
  4. Saya isi minyak moto hari tu. x reti amik mana satu nozzle, asyik tuka hijau/kuning.
    sampai akak cashier pun dh jadi bosan.. hehe.
    dapat la isi gak, tapi dah segan la pulak nak pegi pam minyak tu..

    ReplyDelete
  5. Haha ok, sama je situation...sy paling tak suka dan paling takut nk isi minyak..tak tau knapa haha.. Mula2 tu x reti jugak lama2 tu ok lah tp still takut tak tahu knapa...ada one day tu suruh isi minyak penuh.. Dah melimpah kluar minyak tu sikit.. Glabah dia.�� naseb baik boleh acah2 cool lgi.. Walaupun sebenrnya dah mnggigil2 tgn ni ha

    ReplyDelete
  6. kita dulu tak reti juga,sampailah satu hari tu masa balik kampung,dekat highway pula,kakak yg drive ada masalah sikit,sakit perut,terpaksalah kita tolong isikan minyak,masa tu pun ramai sangat orang,mmg kena cepat2 la gerak. so kita dengan tak tahu ,ambil nozel terus masukkan dkt tempat dia,lepas tu tekan la sampai keluar,memmang rasa macam lah senang ja sebenarnya,dulu takut sangat sbb risau terbakar lah apa lah,macam2 kita fikir. huhu

    kita perempuan,kena belajar sikit bab2 mcm ini,tak boleh sangat harapkan lelaki /orang lain sangat. huhu..

    isi minyak reti,tapi isi angin/pam tayar kita tak reti lagi. huhu..aduh,kena google juga ni..

    ReplyDelete
  7. Lepas dah bayar, pastu nk isi tu.. sukati ea nk amek nozzle mane2? hahaha xretii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend kat awk nak guna RON97 atau RON95. Kalau RON97 mahal sikit dr RON95.
      Nozzle Hijau : RON97
      Nozzle Kuning : RON95

      Delete
    2. Kalau nozzle hitam plak

      Delete
    3. Dia x kira ye kita isi kat shell,petron,petronas,mobil,bph,caltex mana2 mesti ada ron95,97

      Delete
  8. Taktau knp tdi isi minyak motor nozzle tuh tersangkut dlm tangki minyak motor tuh takleh kuar pastu picu nozzle tuh sangkut sangkut tekan skali kuar skali ha centu malu gak ah tdi . Jdi mintak tlg satu abg ni dia tunjuk kat hujung nozzle tuh ade lubang kecik kat bawah so kalau termasuk dalam sgt kat tangki tuh nnty sangkut minyak tak masuk

    ReplyDelete
  9. Hahaha...aq baru dpt kerja kt stesen minyak...so...aq pon x tahu cam mana nk isi minyak:)....thank so much..

    ReplyDelete
  10. Hahaha...aq baru dpt kerja kt stesen minyak...so...aq pon x tahu cam mana nk isi minyak:)....thank so much..

    ReplyDelete
  11. Selama hidup aq bru sekali rasanya isi minyak kt pam minyak, mula2 memang rasa takut lg2 bnyak kereta yg ada tggu kt belakang kita.. Lpas dr bayar jk terus rembat nozzle x tau dh warna apa nozzle yg aq rembat masa tu.. Lpas tekan jk nozzle dlm 5 saat bgtu bru minyak tu kluar, masa tu malu tu mmg lh malu takut kot2 tersalah ambil nozzle..hahaabah

    ReplyDelete
  12. Yg ni je blog cara isi minyak😂😂

    ReplyDelete
  13. Kenapa kalau saya isi minyak,bila tekan minyak macam sangkut² terpaksa tekan macam melepaskan das tembakan bertubi-tubi. Isi rm30 pon dkt 10 minit. Kereta sebelah² pakat dh lepas saya tak siap lagi.Saya sorang ja ka yang alami benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi .. macam kamu juga .. pernah kena . ye sangkut kan .. nah baca ni https://pandulaju.com.my/tahukahanda-bagaimanakah-nozel-pam-minyak-boleh-berhenti-sendiri/

      Jangan letak dalam sangat nozzle tu nanti sangkut la .

      Delete
  14. Dua2 nizzle ni blh guna utk kereta kecil? Dua2 ni petron ker? atau petron & diesel. Sbb diesel utk kereta besar ker? Sorry..im still confused ahahaha.

    ReplyDelete
  15. Wowwwww, tips yg sangat berguna

    ReplyDelete
  16. Utk introvert mcm saya....tips nii sangat2 berguna🤣🤣

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)