Salam Ramadhan 1441H

April 29, 2020

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat blogger semua? Semoga sihat sejahtera selalu. Dah lama tak update blog kesayangan ni, bersawang dah agaknya, ibarat tinggal rumah lama-lama, mesti banyak sawang dekat bumbung, dekat siling, celah dinding semua tu.
Gambar CC : Google
Last post di blog ni bulan Julai tahun lepas kalau tak silap, hampir setahun dah rupanya. Hari ni dah masuk 6 Ramadhan 1441H bersamaan 29 April 2020M. Oh ye! Selamat berpuasa semua! Sangat pantas masa berlalu. Banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup ni, pahit manis semua ada.

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Semoga yang baik-baik saja akan datang kepada kita nanti dan dipermudahkan segala urusan.

Bermulanya dari hujung tahun lepas sehingga sekarang seluruh dunia berperang dengan CoViD-19. Apa itu CoViD-19? Mesti semua dah tahu kan. Disebabkan virus ni jugak semua orang di pelusuk dunia sedang berkurung dalam rumah masing-masing bagi menghentikan rantaian CoViD-19 ni.

Terima kasih kepada barisan frontliners yang sentiasa bertungkus lumus membanteras wabak ni. Pada masa yang sama rasa sangat bersyukur kerana kita mempunyai seorang Ketua Pengarah KKM yang bijak dan cekap dalam menangani wabak pandemik ni. Alhamdulillah.

Semoga kita semua sentiasa ikut saranan KKM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Kepatuhan kita tu akan memberi kesan kepada tempoh PKP ni. Mesti kita taknak PKP ni dilanjutkan, betul tak? Ramai orang yang tak dapat berpuasa bersama keluarga tahun ni, mungkin jugak tak dapat menyambut Aidilfitri bersama kalau PKP ni dilanjutkan. Ada yang terpisah dengan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak dan sebagainya.

Ya Allah, semoga CoViD19 ni cepat berlalu pergi sepertimana cepatnya mereka datang dan merebak ke seluruh dunia. Aaminn.

#TakeCare #StayHome #BreakTheChain  #CoViD19 #KitaMestiMenang


You Might Also Like

4 comments

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)