Puding Roti Berkuah Kastard

May 17, 2019

Assalamualaikum w.b.t

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1440H kepada semua umat Islam. Alhamdulillah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan pada kali ini. Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini menjadikan kita seorang hambaNya yang lebih baik, lebih bertaqwa dan segala ibadah kita diterimaNya. InsyaAllah, Aamiin.

Jika ada roti yang dah nak dekat tarikh expired, tapi banyak lagi tak habis, lagi-lagi di bulan puasa ni, tak terjamah roti tu sebab bila berbuka puasa mesti ada makanan lain. Siapa yang pernah macam ni? 😛 Janganlah dibuang roti tu, tak baik membazir kan.


Apa kata kita buat puding roti pulak kali ni. Hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati. Biasanya puding roti ni menggunakan oven kan, ada jugak yang kukus, tapi yang saya buat ni tanpa menggunakan oven atau steamer. Just masuk dalam freezer je macam buat puding-puding yang lain. Kalau nak tahu caranya, boleh scroll sampai bawah 😊

Resipi Puding Roti Berkuah Kastard

Bahan-bahan :

10 keping roti Gardenia *Jenama lain pun boleh guna
5 gelas air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu teh perisa vanila
1 helai daun pandan
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
1 biji telur
20g agar-agar tali
Kismis

Cara membuatnya :

Kuah Kastard

1) Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.

2) Kemudian masukkan susu cair, perisa vanila, daun pandan yang sudah disimpul, dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.

3) Selepas itu masukkan tepung kastard. Kacau lagi supaya kuah tidak berketul-ketul. Bila dah mendidih, tutup api seketika.

4) Asingkan kepada dua periuk berasingan. Periuk pertama untuk bahan puding roti, dan periuk kedua untuk kuah kastard, dalam nisbah 2:1. Bahan untuk tuang atas puding nanti lebih banyak daripada kuah kastard. 

Sekarang kuah kastard dah siap. Jom kita sambung part puding roti pulak.

Puding Roti

5) Ambil periuk yang ada bahan puding roti tadi, buka api, bila dah mendidih, masukkan agar-agar, kacau sehingga larut. 

6) Pukul telur dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih dan tutup api.

7) Carik-carikkan roti tadi dan susun cantik-cantik dalam loyang. Tuang bahan dalam periuk tadi ke dalam loyang sehingga menutupi roti. Taburkan kismis di atasnya. Tunggu puding sejuk seketika, barulah dimasukkan ke dalam freezer selama 3 jam. 

8) Potong puding tadi ke dalam piring, dan tuang sedikit kuah kastard di atasnya. Sangat sedap dimakan semasa puding tu sejuk-sejuk 😊


You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)