Pemandu Wanita Perlu Lebih Berhati-Hati Di Jalanraya

December 25, 2015

Kejadian berlaku pada minggu lepas. Pertama kalinya berlaku dalam hidup aku~

Samseng jalanan

Masa aku on the way balik ke rumah sambil bawak kereta, ada la dua buah motorsikal kat depan kami. Masa tu dalam kereta ada aku, kakak dan adik. Motorsikal yang pertama tu ada dua perempuan atas tu, motorsikal yang satu lagi tu ada dua lelaki. Aku dah lah nak cepat sampai ke rumah time tu. Ceritanya sekarang, dua buah motorsikal yang kat depan kami tadi punya lah slow motion geraknya. Boleh pulak diorang bersembang sebelah² kat atas jalan tu.

Perasaan aku time tu.. grrrr.. Sabar sangat.. Aku tak kisah diorang nak sembang ke apa, tapi yang aku kisah bila diorang sembang tu atas jalanraya, bukan pasaraya. Kalau jalan tu luas macam highway boleh la jugak. Dua buah motorsikal tadi bukan je melambatkan perjalanan aku, tapi jugak kenderaan² kat belakang.

Lepas tu dengan secara tak sengajanya aku tertekan hon. Mungkin tindakbalas yang bercampur dengan perasaan bengang aku time tu kot. Okey, lepas aku hon tadi, aku ingatkan dua² akan mengelak ke kiri sikit. Rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. Yang perempuan ok la, diorang mengelak ke kiri, tapi yang laki tu dengan selamber dia je buat² tak tahu. Boleh pulak dia bawak slow dan makin ke tengah² jalan tu. Astaghfirullah.. hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku time tu. Mak aku selalu pesan jangan ikut perasaan sangat bila kat atas jalanraya. So aku memang selalu ingat pesan mak yang satu tu. 

Aku nak potong jalan pun tak dapat sebab jalan tu jalan dua hala. So banyak kereta dari berlawanan arah kat depan tu. Terpaksalah aku ikut motorsikal laki tadi dari belakang. Tengah² bawak tu, tiba² pembonceng laki keluarkan kunci tayar besi yang berbentuk panjang dan halakan ke arah kami (tengok gambar kat bawah). Aku dah rasa tak sedap hati. So aku rasa better aku mengalah je. Tak leh dilayan sangat samseng jalanan ni. Nanti jadi kes lain pulak. Aku taknak cari pasal dengan orang.

Kunci motorsikal

Nasib baik la dua ketul laki tadi berhenti kat kedai tepi jalan. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat. Lega sangat. Satu je aku nak pesan kat adik² kakak² yang bawak kereta tu, hati² lah memandu lepas ni. Samseng jalanan ni macam² jenis ada. Kadang² kalau diorang tengok perempuan yang memandu lagi la tunjuk samseng nya -.-



You Might Also Like

8 comments

  1. nasib baik dia tak buat benda lagi pelik dari tu

    ReplyDelete
  2. risau btol zmn skrg ni, mcm2

    ReplyDelete
  3. ya Allah bahayanya. nasib baik tak jadi pape

    ReplyDelete
  4. takutnya....kalau saya mesti dah kecut perut...
    nasib baik selamat...alhamdulillah...
    thanx for sharing the story ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama². Semoga perkongsian ni berguna untuk orang lain jugak ^^

      Delete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)