Baucer RM100 Dari Zalora Malaysia

August 30, 2015

Akhirnya barang yang aku order kat zalora.com.my selamat sampai ke rumah dalam masa tiga hari je. Terima kasih Zalora ! First time menggunakan khidmat Zalora ni, rasanya aku puas hati jugakla. Sebab apa yang aku tengok kat website sama dengan apa dorang hantar ke rumah. Sebenarnya aku beli ni guna baucer RM100 yang aku dapat dari Zalora Malaysia. Macam mana dapat baucer RM100 ni? Okey nanti aku cerita yer.

Bila dah dapat baucer ni, apa lagi, aku pilih jela mana-mana yang berkenan di hati yang ada kat website tu, tapi bukan semua item leh order guna baucer tau, ada certain item yang tak boleh order guna baucer tu. Tu memang salah satu syarat Zalora. Lagi satu, hanya satu item je boleh guna untuk satu kod baucer yang dorang bagi.

Ada banyak sangat yang dijual, pakaian, aksesori, handbag, kasut, barang make-up, dan banyak lagi. Rambang mata kejap kat situ. So lepas dah pilih-pilih tu, aku decide nak order handbag je. 


Bagaimana Dapat Baucer RM100 dari Zalora Malaysia?

Sebenarnya, sebelum ni aku ada terima satu emel dari team Zalora untuk berkolaborasi dengan blog www.syahidahfadilah.com dan sebagai hadiahnya, Zalora akan bagi baucer percuma untuk shopping kat website dorang. Rasanya bukan aku je, aku tahu ramai jugak blogger  lain yang dah dapat emel dari Zalora ni dan dah dapat baucer, kan? kan? :D

So aku bukanlah yang pertama sebenarnya. Maybe lepas ni korang pulak yang dapat, mana tahu kan. Orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, bila dah dapat, gunakan dengan sebaiknya :) Siapa² yang suka shopping online dan nak jenguk² website Zalora boleh pergi ke link zalora.com.my. Sekarang banyak jugak yang tengah sale tau !

Bungkusan dari Zalora. Thanks!




You Might Also Like

7 comments

  1. seronok shopping yer! Hahahahaha... :D

    ReplyDelete
  2. baru je dapat emel dari zalora..tp xtau nak reply cmna..teruja jg ni sis. tlg bg idea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's ok.. sis reply je kata berminat. x rugi pn, dpt brg free lagi tau, hehe. Good luck ! :)

      Delete
  3. ok thanx ye sis..ok ke beli brg kat zalora? service dia cpt ke lmbt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. barang yg sy dpt ni ok, sgt puas hati, 3 hari je da smpai rumah :)

      Delete
  4. macamana nak guna kupon? dah dapat tapi xtau guna

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)