Tukar Domain Blog Kepada dot com

June 11, 2014


Alhamdulillah, akhirnya blog ni dah ada domain sendiri. Selepas survey kat blog-blog yang dah ada pengalaman tukar domain, akhirnya aku buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan NetKL. Banyak jugak blog yang aku refer sebelum beli domain dari mana-mana syarikat. Yela takut jugak sebab aku tak pernah lagi berurusan dengan mana-mana syarikat yang terlibat dalam tukar domain ni. Ni kira first time jugak la. Mula-mula macam takut kalau ada banyak effect kat blog ni, tapi lepas survey dan baca pengalaman blogger-blogger hebat yang lain, aku rasa lebih yakin dan rasa ingin cuba tu membuak-buak.. hehehe

Ramai blogger otai yang sudah berurusan dengan NetKL dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh staf NetKL ni. Itulah yang buat aku rasa lebih yakin untuk berurusan dengan syarikat ni jugak. Dan memang aku akui, NetKL ni memang terbaik! Sebabnya, lepas aku apply domain dan buat pembayaran, tak sampai satu jam domain blog ni dah transform dari syahidahfadilah.blogspot.com kepada www.syahidahfadilah.com. Alhamdulillah :) Lagi satu yang aku suka adalah layanan dari pihak mereka yang sangat baik terhadap pelanggan. Aku ada emel dorang dan tanya dorang beberapa soalan yang berkaitan dengan domain ni, dan tak sangka respon dorang sangat cepat.

Sebenarnya, tak banyak yang perlu diubah pada setting blog, lepas bertukar domain ni. Tak seperti yang aku sangka. Rupanya yang ada effect hanyalah pada Nuffnang dan jugak Bloglist kita. Tak lupa jugak kepada ranking Alexa. Yes! Memang ada effect kepada ranking Alexa seperti yang dikatakan oleh blogger-blogger yang lain. Tapi jangan risau sebab ranking tu boleh naik semula jika kita ada usaha untuk menaikkan ranking tu. Maksudnya? (Haa mesti tahu kan macam mana nak buat? hehe)

Kesimpulan yang dapat aku buat tentang NetKL ni adalah, perkhidmatan mereka memang cekap, cepat, pantas dan effisen (maksud sama je). Lagi berbaloi sebab kena bayar hanya RM35 (harga domain)  untuk satu tahun tidak termasuk RM3 (cas set-up). Kalau korang nak cuba, boleh klik banner di bawah atau di sini. Belum cuba belum tahu.






Nota Kaki:
Sekarang ni dalam proses memasukkan semula blog-blog yang selalu aku terjah ke dalam Bloglist :)




You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)