Adakah Ini Satu Magik?

June 02, 2014

Beberapa lukisan yang menarik perhatian aku. Adakah ini sesuatu yang menggunakan magik atau sihir? Sudah tentu bukan. Tapi ini sesuatu yang ajaib. Yes! memang ajaib, sebab pelukis yang melukisnya sungguh kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang bukan semua orang mampu melakukannya.

Bila mata kita bergerak, gambar tu akan turut bergerak, bila mata kita statik dan tertumpu pada satu titik sahaja, secara automatik gambar tu juga akan turut statik! Hebat kan pelukis ni? Itulah anugerah Allah SWT yang diberikan kepadanya.





Bila kita lihat dan tenung lukisan ni dalam-dalam, mesti kita akan berasa kagum dengan pelukis ni dan mengatakan dia hebat. Kita tertanya-tanya macam mana dia boleh melakukannya. Tapi pernahkah kita terfikir, siapakah yang menganugerahkan kehebatan itu kepada mereka kalau bukan Allah SWT. Kehebatan dan kebijaksaan yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman untuk sementara di dunia yang fana ini. Janganlah kita takbur dan bongkak dengan kelebihan yang kita ada, sebaliknya bersyukurlah seadanya :)

Aku memang kagum dengan pelukis ni dengan kehebatannya. Dan kehebatan Pencipta yang mengurniakan kehebatan itu kepada hambaNya, adalah lebih hebat. Allahu akbar! Sesungguhnya diri ini sungguh kerdil.

#SelfReminder




You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)