Indeks Pencemaran Udara semakin meningkat. Jabatan Alam Sekitar mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah :
Pesanan Ikhlas Jabatan Alam Sekitar Untuk Rakyat Malaysia
1. Melaporkan kes² pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
2. Penghidap penyakit² seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk.
4. Kurangkan aktiviti² di luar rumah seperti sukan.
5. Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
6. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
7. Sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
8. Menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
Udara yang segar lagi nyaman yang kita sedut setiap hari adalah nikmat Allah yang tidak terhingga kepada kita. Bila terjadinya pencemaran udara (jerebu) sekarang ni, Allah dah tarik sikit nikmat tu supaya manusia ni beringat-ingat dan menjaga alam sekitar kita sebaiknya. Ini jugak adalah ujian untuk menguji tahap keimanan kita.
Ambil tahu tentang Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Di Malaysiauntuk kebaikan kita bersama. Amalkan langkah berjaga-jaga bila keluar dari rumah terutamanya musim jerebu ni. Dah ramai yang pakai topeng muka (mask) sebab kes jerebu yang makin hari makin tinggi IPU bagi seluruh negeri di Malaysia.
Tahap pencemaran udara pada 15 September 2015 sehingga jam 9.00 am
Biasanya aku akan privatekan blog untuk sementara kalau tengah edit template blog sebab nak elakkan pengunjung tengok blog aku tengah berterabur time edit tu. So senang bagi private je kejap. Lepas tu boleh ubah semula atau setting bagi public :D
Tutorial : Cara Privatekan Blog di Blogger
1. Pergi ke Dashboard > Setting > Basic > Permission > Blog Readers > Tekan 'Edit '
2. Lepas tu akan keluar macam gambar di bawah. 3. Kemudian, tandakan pada bahagian 'Private' > Tekan 'Save changes' dalam kotak oren.
Bagi yang belum tahu cara untuk delete blog di Blogger, boleh ikut steps di bawah. Untuk pengetahuan, korang masih boleh restore semula blog yang korang dah delete tu dalam masa 90 hari dari tarikh delete. Selepas tempoh 90 hari, blog korang akan di removed forever.
Tutorial : Cara Delete Blog
Ada 2 langkah je untuk delete blog.
1. Pergi ke Dashbord > Setting > Other > Tekan 'Delete Blog' (Rujuk gambar di bawah)
2. Lepas tu akan keluar pop-up window, then klik 'Delete This blog' dalam kotak oren. (Rujuk gambar di bawah)
Seperti yang korang lihat dalam gambar kat atas tu, perkataan 'lepak' sudah secara rasminya dimasukkan ke dalam kamus Oxford. Wahh, tak sangka, perkataan anak² muda melayu ni bawak kesan jugak kan. Perkataan yang selalu orang muda masa sekarang ni guna. Tak mustahil banyak lagi perkataan Melayu lain yang akan dimasukkan dalam kamus Oxford nanti.
Tudung Si Comel telah menyediakan pelbagai jenis tudung untuk kanak² yang berumur 17 tahun ke bawah, termasuk baby yang berumur 3 tahun ke bawah. Mungkin ada ibubapa yang tercari-cari tudung yang selesa dan terkini untuk anak-anak, tapi tiada masa untuk ke kedai disebabkan kekangan masa. Jadi TudungSiComel.com ni adalah pilihan yang terbaik untuk anda yang mencari tudung untuk si comel dengan harga yang berpatutan.
Di bawah ni merupakan antara koleksi produk yang ada di TudungSiComel.com:
Untuk pengetahuan semua, TudungSiComel.com bukan sahaja mempunyai produk tudung, tapi jugak menyediakan pelbagai jenis jubah dan telekung untuk kanak².
Produk-produk di TudungSiComel.com ni terdiri daripada pelbagai saiz. Boleh lah tengok-tengok dan pilih saiz yang sesuai di website Tudung Si Comel yer. Mungkin tudung ni boleh dijadikan hadiah harijadi untuk anak² dan sebagainya. Mesti anak² akan rasa seronok dapat hadiah kan :)
Ada sesiapa yang berminat tak untuk jadi ejen affiliate TudungSiComel ? Kalau berminat, boleh terus mendaftar sebagai ejen secara percuma dan RM30 akan terus masuk ke akaun affiliate anda.
Lepas dah buat kerja berat, mesti kita akan rasa sakit dan lenguh seluruh badan dan terasa nak diurut. Tapi kalau urutan tu tak kena pada tempatnya, sakit tempat lain, urut pun kat lain, macam mana nak hilang rasa sakit tu kan. So marilah kita kenali titik-titik yang betul untuk mengurut supaya rasa sakit atau lenguh pada badan kita berkurang dan hilang dengan cepat. Selamat mencuba dan beramal ! :)
14 Titik Lenguh Atau Sakit Pada Badan Dan Cara Melegakannya
1. Sakit tengkuk, bahu dan tangan serentak
2. Sakit pada bahagian sisi kepala
3. Sakit atau pening di kepala
4. Sakit pada sisi mulut dan terasa denyutan di tepi mata
5. Sakit atau lenguh pada sisi peha hingga ke betis
6. Sakit pada bahagian atas pinggul
7. Sakit pada bahagian bahu lengan
8. Sakit pada bahagian bahu belakang
9. Sakit pada bahagian sisi tumit
10. Sakit atau rasa kebas pada bahagian belakang badan dan jari kelingking.
11. Sakit pada bahagian pinggul hingga ke lutut
12. Sakit pada bahagian tempurung kepala hingga ke paras bahu
13. Sakit pada bahagian dada dan lengan
14. Sakit pada bahagian bawah punggung hingga ke pinggang
Terbaru di TV3 dalam Slot Samarinda, sebuah lagi drama baru Bukan Isteri Sempurna ditayangkan bermula 3 September 2015. Bersiaran pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10 malam. Aku suka drama ni sebab pelakon semuanya best dan yang paling penting hero dan heroin nampak sesuai dalam drama ni :) Sebenarnya drama ni adalah adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna yang ditulis oleh Tulip Ungu.
DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA
SIARAN : Slot Samarinda TV3 NOVELIS : Tulip Ungu PENGARAH : Azmi Hatta TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Aishah Atan
LAGU TEMA BUKAN ISTERI SEMPURNA
TAJUK: Bukan Isteri Sempurna ARITS : Mila Jirin LAGU: Eddie Hamid LIRIK: A.Aida TERBITAN: Nova Music
SINOPSIS DRAMA:
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman:“Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you”
Nina:“Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”
Kartun zaman 90-an ni merupakan salah satu kartun favorite aku. Dulu zaman budak² selalu tengok kartun Yokies ni. Meriah sangat zaman budak² dulu dengan tengok kartun telur bujur ni time petang dalam rumah. Comel weh kartun telur ni. Si ayah Yokies ni bahasakan dirinya sebagai 'ayahnya', si ibu Yokies pulak bahasakan dirinya sebagai 'maknya'. Yang tu yang aku takleh lupa sebab keunikannya, ahaha
2. Keluang Man Part yang paling aku suka pasal kartun Keluang Man ni ialah sebab lagu dia best. haha. Keluang Man ni selalu dengan kawan dia si Samad. *Ada kawan aku yang buat ringtone keluang man ni kat handphone dia :p
3. Usop Santorian
Kartun ni mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop. Dia tinggal dengan ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakak Usop pulak suka menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi. Manakala abangnya pulak suka berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung termasuklah Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Yang paling best si Usop ni ada seekor ayam yang selebet bernama Selebet, kekeke
4. Sailormoon
Kartun ni kalau tak silap aku tengok time masih sekolah darjah satu. Suka kartun ni sebab lagu dia pun best. Pastu aku suka part yang sailormoon and the geng ni transform dari pakaian biasa ke pakaian sailormoon dorang. Cantik weh baju sailormoon ni, kekeke. Kepada peminat cosplay, korang mesti try baju sailormoon pulak lepas ni ! :p
Nota SF:
Rindunya nak jadi budak² macam dulu sebab 24jam enjoy je rasa hidup, tak perlu fikir banyak masalah macam orang dewasa. Tapi masa terus berjalan, mana boleh diundur lagi ^^
Selamat pagi sayang ku Apa khabar diri mu Maafkan andai mengganggu lena mu Andai pernah melukakan Maafkan ku tak sengaja Harus kau dan aku selalu bicara Kau tahu kau satunya Ku mahu kita selamanya Kau dan aku mungkin tak sempurna Kau dan aku tahu takkan mudah Kau dan aku mahukan sempurna Kau dan aku mengharap bahagia Setia aku demi diri mu Setia aku hanya pada mu Andai hati mu berubah Pasti ku cuba fahami Tetap ku melangkah terus berani Kau tahu kau satunya Ku mahu kita selamanya Kau dan aku mungkin tak sempurna Kau dan aku tahu tak semudah Kau dan aku mahukan sempurna Kau dan aku mengharap bahagia Setia aku demi diri mu Setia aku hanya pada mu Terima seadanya Perbezaan kau dan aku Biar pun apa saja Ku percaya kau setia Kau dan aku mengharap bahagia... Setia aku demi diri mu Setia aku hanya pada mu Setia ku demi diri mu Setia ku hanya pada mu Selamat pagi sayang ku Apa khabar diri mu
SINOPSIS DRAMA:
Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa. Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun Anissa menolak pelawaan tersebut sehingga Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham.
Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Kehidupan Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama, Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.
Sape lah yang search Cara Hack Top-Up Dengan Mudah kat blog aku ni. Melekat keyword tu hari ni.
Tak pernah pulak aku buat entri macam tu sebelum ni. Ni mesti sebab entri aku yang lepas tentang Cara Hack Paling Cepat dan Mudah. Agaknya la kot. Adoii.. aku sendiri pun tak tahu yang top-up tu boleh hack ke tak, lagipun tu bukan kepakaran aku pun, haha
Siapa² yang search keyword tu, cepat² la insaf yer, tak baik tau hack top-up orang lain, berdosa, hihihi.
Nota SF:
Gembira dan bersyukur sebab menang top-up RM20 mase join GA 1.0 by Hernee Nazir. Tq Kak Hernee :)