Samarinda TV3 | Drama Bukan Isteri Sempurna

September 08, 2015

Terbaru di TV3 dalam Slot Samarinda, sebuah lagi drama baru Bukan Isteri Sempurna ditayangkan bermula 3 September 2015. Bersiaran pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10 malam. Aku suka drama ni sebab pelakon semuanya best dan yang paling penting hero dan heroin nampak sesuai dalam drama ni :) Sebenarnya drama ni adalah adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna yang ditulis oleh Tulip Ungu.


DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA
SIARAN : Slot Samarinda TV3
NOVELIS : Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Aishah Atan


LAGU TEMA BUKAN ISTERI SEMPURNA
TAJUK: Bukan Isteri Sempurna
ARITS : Mila Jirin
LAGU: Eddie Hamid
LIRIK: A.Aida
TERBITAN: Nova Music




SINOPSIS DRAMA:


Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you”

Nina: “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”




You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. ade masa nanti boleh la tgk, hehe

      Delete
  2. tak sempat nak tgk.. time nie dlm kete otw blk umah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, fiza keje shift malam ek? huhu

      Delete
  3. Jalan cerita macam menarik :)

    ReplyDelete
  4. banyak adaptasi dari novel kan..kebanyakkannya berjaya.alhamdulillah..PC belum tengok pun drama yang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, ade masa boleh tgk2, hee tq singgah :)

      Delete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)