Drama Melayu Zaman Sekarang Memang Macam Ni Ke?

November 05, 2015

Apa pendapat korang tentang drama Melayu sekarang? Masih layan ke, peminat tegar atau memang tak tengok langsung dah sekarang? Aku ni dulu semua drama aku tengok, tak kira la drama Korea ke, Jepun ke, Thailand ke, Filipina ke, semua lahh, semua aku tengok, lagi² drama Melayu. Tapi bila umur dah makin bertambah ni, fikiran pun dah bertambah matang sikit (yeke matang? haha), perasaan untuk tengok drama tu dah berkurang hari demi hari, melainkan drama tu memang betul² best dan pelakon pulak tak 'kayu'.

(Gambar sekadar hiasan)

Okay sekarang ni aku nak bebel pasal drama bersiri je, bukan filem atau apa² yang lain dari tu. Sebab aku memang dah betul² bosan tengok kebanyakan drama yang jalan ceritanya sama je. Bukan semua ye tapi kebanyakan. Kalau ye pun drama tu adaptasi dari novel, at least tak payah la pilih cerita yang sama je. Aku setuju dengan statement orang kat bawah ni :
Kalau dalam drama Melayu yang pukul 7 tu, macam biasa la, yang hero mesti anak datuk, yang heroin pulak orang kebanyakan. Pastu yang Datuk Datin pulak wataknya mesti sombong, tak suka bakal menantu la apa la. Haha, aku harap lepas ni kalau ada siapa² yang nak buat cerpen atau novel ke, tolong la buat cerita yang boleh ubah persepsi masyarakat pada Datuk Datin ni sebab lepas ni mungkin novel korang pulak yang bakal diadaptasi nanti.

(Gambar sekadar hiasan)

Macam dalam drama terbaru Kau Aku Kita slot Lestari, watak datuk datin dalam cerita tu sebagai seorang yang humble, tak sombong, sebenarnya macam tu la hakikatnya sekarang. Watak datuk datin yang sombong tu bagi aku da lapuk sebenarnya, haha :p Ni baru aku cakap pasal watak datuk datin, tak masuk lagi bab lain. haih

Moralnya di sini, bukan aku je, tapi aku rasa semua penonton sekarang dah boleh agak apa ending sesebuah drama tu lebih² lagi kalau drama tu adaptasi dari novel. Aku tahu sebab aku pun dulu suka sangat baca novel Melayu. Tapi lama² naik bosan sebab jalan cerita semua novel kebanyakannya memang sama. Macam tu jugak perasaan aku dekat drama sekarang ni.


Aku taknak kondem drama Korea (buat masa sekarang). Kalau 'ter'kondem tu, maafkan saya ye fans of K-Pop, hihi :p




You Might Also Like

20 comments

  1. Fuh !Nasib baik dh lma x tgk tv.Apatah lgi Lyn drama merapu..kiki

    ReplyDelete
  2. yup btl tu, drama melayu skarang mmg mcmtu. nk tarik perhatian penonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw xpe, tapi mslhnye, xrase tertarik pun, haha ;p

      Delete
  3. hmmmm malas betul nak kondem -T_T
    sbb mmg nyampah dah haha semua tipikal and cliche gilaaaa huhu

    ReplyDelete
  4. tu masalahnya kalau amik novel jadi jalan cerita... -_-

    ReplyDelete
  5. Betul tu setuju...itu la salah satu punca kenapa saya jarang layan drama melayu kecuali yg best2...

    ReplyDelete
  6. Lama dah x tengok..
    Jalan cerita sama jer.. xde perubahan pun..
    Kalau ada pun tu yg tayang malam-malam sikit...
    Pontimau.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, pontimau tu best ckit citer dye, macam citer ceplos dulu2..

      Delete
  7. betul tu. trend sekarang wayang melayu macam tu jaa.. lagi satu, semua adaptasi novel.. heeeh

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat. Saya pun sekarang dah malas nak baca novel sebab jalan ceritanya kebanyakkannya nak sama. Dulu memang gila sangat baca, tapi sekarang tawar hati dah. Hahaha.. Drama pun yang diambilnya dari novel, mana taknya lebih kurang sama. Saya pun kalau nak tengok, tengok yang betul2 best dan lain daripada yang lain ja.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Kita pun dah tak tengok tv sangat, haha . Cerita lebih kurang je haa

    ReplyDelete
  10. Saya sekarang ni memang tak tengok langsung drama, lebih-lebih lagi drama jam 7 tu. Huhu. Boring la jalan cerita lebih kurang sama je.

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)