Apabila 7Eleven Bagi Air 'Slurpee' Percuma

November 10, 2015

Mesti ramai yang berpusu-pusu beratur dalam 7Eleven bila ada 'Slurpee' percuma ni. Bukan selalu pun kan. Pihak 7Eleven pun ada buat satu pertandingan dimana peserta yang memuat naik gambar dengan gaya yang menarik akan menang hadiah. Maka ramailah rakyat Malaysia yang menyertai pertandingan tu dengan gaya dan aksi yang pelik² semata-mata untuk menang. 

Sebenarnya bagi aku la kan, niat pihak 7E bagi air percuma tu untuk rakyat dah bagus dah, sangat murni niat mereka. Aku sokong tu. Semoga murah rezeki mereka. Tapi aku kurang bersetuju bila ada rakyat yang ambil air tu banyak², kalau minum sampai habis ok la kan. Tapi kalau tak habis, tak ke membazir namanya tu. Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitonnnn.

Lepas dah ambik banyak² tu, kalau dikongsi dengan kawan² adik beradik saudara mara tu, alhamdulillah. Tapi kalau ada yang sampai letak air tu dalam helmet, dalam dashboard kereta, tu memang.... aishh tak tahu aku nak cakap apa. Selera pulak dia nak minum. Aku nak tanya, kalau ada kawan korang offer air yang dia letak dalam helmet, korang lalu ke nak minum? haha. 


Budak ni letak 'slurpee' dia dalam botol susu besar gedabak tu aku boleh terima lagi. Comel betul ! haha


Kalau yang letak dalam helmet ni memang aku takleh terima, sorry, haha :p

Bila dah ada pertandingan macam ni, aku tengok banyak sangat kesan yang sedang berlaku dan bakal berlaku. Aku tak cakap pun kesan buruk, tapi sedikit sebanyak apa yang dibuat tu pasti ada kesannya.




You Might Also Like

1 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)