Hadiah Misteri Dah Sampai Ke Tangan

August 25, 2014

Terima kasih banyak-banyak kepada Eda, pemilik blog eurukaseven.blogspot.com. Hadiah dah sampai kat rumah tengah hari tadi. Sebenarnya aku ada join  GA Eda, tapi tak tersenarai sebagai pemenang. Bukan rezeki kan, namun tak sangka jugak bila masih tersenarai sebagai 'Peserta Surat Layang Penalti Biru'.. haa panjang kan nama tu. Sebenarnya ada tiga warna : biru, hijau dan kuning, ada beza kot. Kalau nak tahu kena tanya tuan blog sendiri laa, atau boleh klik kat link ni, hehehe 

Kata Eda, Peserta Surat Layang Penalti Biru ni akan dapat hadiah misteri, wahhh seronok betul aku masa tu, haha.. Lama jugak tunggu hadiah misteri ni sampai kat rumah, tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak hari ni. Posmen datang dengan van pos laju, banyak kali jugak dia hon tunggu orang datang ambil bungkusan tu, sebab aku ada kat dapur masa tu, kesian kat abang posmen tu kena tunggu lama. Sorry bro! haha 

Ehh mesti ada yang tak faham aku bebel apa ni kan. Siapa yang baca sampai habis ni aku nak ucapkan terima kasih yer, sebab sudi luangkan masa untuk 'menelaah' entri aku petang ni, walaupun entri yang sungguh ringkas, tapi nak share la jugak! sebagai penghargaan untuk Eda.. hehe


Jeng.. jeng.. jeng..



Okey, ni lah hadiah misteri tu, boleh dikatakan 1 set produk kecantikan! cewahh :p Maybe brand lain-lain tapi cukup dengan sabun mandi, sabun muka, sheseido mask, lip balm, dan krim muka. Siap dengan business card sekali. Thanks tau Eda! :)



You Might Also Like

14 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)