Kelawar dan Kesan Kehadirannya

April 27, 2014

Kelawar? Apa itu kelawar? Aku rasa ramai antara kita apabila menyebut tentang kelawar, secara automatik akan terbayang badannya yang berbulu dan 'menggelikan'. Betul tak? Tak betul ek? Takpe, yang pasti, aku akan terbayang macam tu bila aku dengar orang bercerita tentang spesis mamalia terbang ni. Sebabnya aku sendiri pernah nampak dengan mata aku sendiri dan aku rasa aku tak boleh terima spesis ni kat dunia ni.. hahaha.. Okay ak gurau je. Walaubagaimanapun, kelawar jugak adalah makhluk ciptaan Allah. Biarkan mereka hidup dengan tenang.

Reaksi bila dengar cerita kelawar
Tapi memang aku tak suke kelawar sebab diorang ni pernah bermukim kat dalam bumbung rumah aku ni. Bukan sehari dua, tapi bertahun-tahun jugak lamanya. Bayangkan bagaimana perasaan kami bila hari-hari kena menghidu bau najis dan air kencing kelawar ni. Salah satu cara untuk halau kelawar ni dari menetap kat bumbung tu, adalah dengan meletakkan batang lengkuas kat dalam bumbung tu. Maksud ak, hancurkan sikit bahagian hujung batang pokok lengkuas tu, supaya keluar bau lengkuas, dan untuk beberapa hari memang berhasil. Tapi lepas beberapa hari, kelawar ni datang lagi, sebab bau lengkuas tu dah takde. Kelawar sebenarnya tak suka dengan bau lengkuas. Ni adalah salah satu petua menghalau kelawar.

Pokok lengkuas

Dan berdasarkan apa yang aku tahu, najis dan air kencing kelawar ni bahaya. Sebabnya adalah najis yang berkumpul dan tertinggal di kawasan pendudukan kelawar tu akan menghasilkan sejenis kulat yang mana spora daripada kulat tersebut boleh mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya. (kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google ye :p) Masalah akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan, contohnya lelah atau asma.

Kelawar ni sebenarnya suka pada tempat yang gelap. Kebetulan pulak kat dalam bumbung tu pun gelap, so itu memang tempat yang paling strategik untuk mereka menginap dan bermalam di situ. Jadi, kalau kita tak mahu dalam bumbung rumah atau dalam loteng rumah kita dihuni oleh kelawar ni, caranya ialah dengan memasang lampu kat dalam tu. Kelawar takkan masuk lagi, InsyaAllah :)

Masa zaman sekolah dulu-dulu, aku selalu ingat yang kelawar tu adalah keluang, dan keluang itu adalah kelawar. Sedikit keliru di situ. Aku pun ingat yang keluang tu lebih besar dari kelawar, so keluang itu adalah mak ayah kelawar, dan kelawar tu adalah anak. Tapi sebenarnya anggapan ak tu salah. Nak tahu kenapa? Ini jawapannya:

Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats), dan kelawar (Microbat)
(Sumber: Wikipedia)

Maksudnya adalah keluang dan kelawar adalah dari keluarga yang sama, tetapi spesis yang berbeza. Tapi ada jugak spesis keluang yang lebih kecil dari kelawar.

Banyak spesies keluang lebih kecil daripada kelawar terbesar, bagaimanapun perbezaan antara keluang dengan kelawar berasaskan bentuk gigi, dan perbezaan jelas rangka dan bukannya berasaskan saiz semata-mata. Keluang terkecil adalah keluang hidung babi Kitti (Kitti's hog-nosed) sepanjang 2.9 centimeter hingga 3.3 centimeter (1.1 hingga 1.3 inci) dengan berat sekitar 2 gram (0.07 oz). Keluang ini juga merupakan mamalia terkecil. Perbezaan antara kelawar dengan keluang menunjukkan asal evolusi mereka berbeza, dan keluang dipercayai lebih baru berbanding kelawar.


TENTANG KELAWAR DAN KELUANG


Kelawar merupakan sejenis binatang mamalia dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera, yang merupakan satu perkataan berasal daripada Greek. Ia membawa maksud 'Tangan Bersayap'. Terdapat sebanyak 1,240 spesis kelawar di seluruh dunia. 70% daripada Kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka manakala bakinya menjadikan buah-buahan sebagai makanan. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai keluang.



Daripada maklumat di atas ternyata bahawa kehadiran kelawar ni ada juga kebaikannya sebab tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan sebenarnya banyak membantu industri pertanian sebab kebanyakan serangga yang menjadi makanan mereka merupakan serangga perosak tumbuh-tumbuhan. Bagi keluang yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka, ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan tanaman buah-buahan apabila hasil buah pekebun dimakan dan dirosakkan oleh Keluang.



p/s: Aku tak letak gambar kelawar atau keluang kat dalam entri ni sebab aku tak sampai hati nk google gambar spesis tu. Sorry ye :D Tapi ak ada hadiah untuk korang yang minat keluang.. jeng jeng jeng!!!  

KELUANG MAN,  bangkit menentang kezaliman!! kekeke :p



You Might Also Like

8 comments

  1. hehe..ecah geli aih cakap pasal kelawar.. kat kg , bersepah kelawar dlm umah time malam.. serammmm -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la, hehe, geli bdn die berbulu tu, err

      Delete
  2. Kelawar adalah pemangsa nyamuk terbaik. Tempat yang ada Kelawar takkan ada nyamuk. Hargai lah Kelawar anda.

    ReplyDelete
  3. Kelawar adalah pemangsa nyamuk terbaik. Tempat yang ada Kelawar takkan ada nyamuk. Hargai lah Kelawar anda.

    ReplyDelete
  4. Keluang man best wygnya 2

    ReplyDelete
  5. Keluang man best wygnya 2

    ReplyDelete
  6. Keluang man best wygnya 2

    ReplyDelete
  7. Kelawar gigit org x.... Mcm mana nak halaunkelawar yg masuk rumah?

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)