Bila zaman semakin maju ni, teknologi pun makin canggih, manusia pun makin kreatif. Lalu terhasil lah fesyen-fesyen dan rekaan-rekaan terkini yang pelbagai, bukan sahaja pakaian, tetapi jugak kasut ! Haa kasut pun nak ada style jugak. Ingat orang je ke nak ada style.
Apabila Generasi Y Semakin Kreatif
Hari tu bila tengok fesyen tudung terbaru yang macam sarang tebuan tu, aku rasa dah memang 'rare' sangat dah. Tapi bila tengok rekaan kasut-kasut kat bawah ni, nasib baik tak pengsan je.
Antara 6 design kasut yang ada kat sini, design mana yang korang suka?
Aku rasa design-design kasut kat atas tu sangat sesuai digayakan bersama tudung sarang tebuan tu. Sangat 'match' orang kata. Bagi aku, memang aku kurang berkenan dengan design kasut macam ni, tapi tu lah, citarasa setiap orang berbeza, mungkin ada yang suka kasut macam tu. Terpulang lah. Tapi bagi aku, kalau nak bergaya dengan kasut pun, jangan lah sampai menyeksakan diri. Alahai..
Ehh lupa nak cakap, aku dapat gambar-gambar kasut 'rare' ni dari page facebook Fizo Omar. Kalau rajin, korang pergi lah usha page Fizo Omar :D