Warisan~Sudirman~
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Di atas ni merupakan lirik lagu kemerdekaan yang didendangkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi di Malaysia suatu ketika dahulu, iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Setiap bait lirik lagu ni sangat menusuk jiwa dan bermakna. Aduhh berpuitis pulak aku malam ni, hihiks.. Takde lah puitis mana kan, kalau dibandingkan dengan sorang kawan aku ni, dia lagi pandai berpantun dan bermadah, katanya sebab dia suka sangat dengan ayat-ayat sastera, macam A.Samad Said, sasterawan negara kita.
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! |
Allahyarham Sudirman Haji Arshad, salah seorang artis yang aku kagumi, sebab arwah bukan sahaja seorang penyanyi, tapi juga seorang penghibur. Sebab tu la ramai yang meminati beliau, bukan sahaja budak-budak remaja, tapi golongan dewasa pun minat. Sekarang dah tinggal kenangan. Tapi lagu-lagu yang dinyanyikan masih kedengaran di radio-radio tempatan.
Sekarang susah dah nak jumpa penghibur tempatan yang macam tu, mungkin 1 dalam 1,000,000. Kalau ada pun ramai artis yang mengejar populariti semata-mata, yang suam-suam kuku. Ohh sungguh aku rindu zaman sekolah dulu-dulu. Time hari merdeka je, mesti ada sambutan kemerdekaan kat sekolah, pastu ramai-ramai kumpul kat dewan, pastu nyanyi lagu-lagu merdeka, lagu Jalur Gemilang sambil kibar bendera. Seriously rindu lepak-lepak dengan kawan dalam kelas time cikgu tak masuk kelas. Happy nya masa tu.
Sekarang semua dah bawa haluan masing-masing, yang dah kerja, masih belajar pun ada lagi.. hmm okey tukar topik asal ! haha.. Okey, pada kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kepada pembaca setia blog ni. Semoga kita semua sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Mungkin negara kita pernah dijajah, tetapi jangan biarkan minda kita pun terus 'dijajah' :)
Macam-macam kes sekarang ni, sanggup bunuh diri sebab result exam tak seperti yang di idamkan, lagi-lagi kalau ibu bapa yang terlalu berharap anak mereka dapat result cemerlang. Sebenarnya memang dari dulu lagi kes bunuh diri sebab kecewa dengan result exam ni. Bukan kecewa sebab tu je, ada jugak yang bunuh diri sebab putus cinta/ heart broken/ frust dan sewaktu dengannya.
Haihh betapa pendeknya akal mereka yang tak fikir panjang. Dah bunuh diri confirm la meninggal kan, tapi kalau diorang terjun dari bangunan dan ditakdirkan tak meninggal, tapi patah kaki dan tangan, siapa yang nak jaga mereka kalau bukan keluarga mereka sendiri? Kalau mintak kawan yang jaga, memang aku yakin takde yang sanggup. Sebab keluarga je yang akan tolong kita masa kita susah. Kawan yang beribu boleh di cari, tapi keluarga sendiri tak boleh dicari ganti.
Kalau nak terjun bangunan guna payung terjun orang tak marah! kikiki (Photo credit to: kartunmania.com) |
Banyak jugak rasanya orang upload gambar yang konon-konon ditinggalkan oleh bf/gf, pastu sanggup toreh tangan sendiri, mak aii kesiannya kat dorang ni, tapi lagi kesian kat tangan yang jadi mangsa torehan tu. Allah bagi pinjam anggota badan kita untuk sementara je, jadi kita kena la jaga seeloknya amanah tu. Kita dilahirkan sempurna, kenapa perlu 'melukakan' diri sendiri semata-mata bf/gf tu. Ya Allah, tu baru couple, bukan suami/isteri lagi, macam tak berbaloi la rasanya 'melukakan' diri sendiri semata-mata untuk orang yang tak tahu menghargai kita kan, hmm
Okey lah, aku nak share satu video orang bunuh diri ! Ehh tak tak. Video ni nak tunjuk cara make-up Holloywood dalam filem seram mereka tu, yang luka-luka bagai tu. Pandai betul dorang ni kan, mungkin dorang guna make-up ni dalam filem dorang, patut la nampak real je. Final Destination salah satu movie yang aku tak boleh lupa, seram seyy. Mesti dorang guna make-up ni je kot. Ye lah, zaman teknologi ni kan, macam-macam dah ada.
Kena tengok video sampai habis, baru faham macam mana dorang buat!
Ada banyak lagi video make-up seram macam ni kat Youtube. Korang klik next video kat atas tu je. Boleh tengok lagi teknik-teknik make-up dorang. Kot-kot nak apply kat rumah ke, hihihi gurau je :p