Bulan lepas takde CPUV, bulan ni melekat satu je dalam blog ni. Takpelah. Dah memang aku jarang update blog sekarang ni. Busy memanjang. Sebab tu lah kot Nuffnang taknak kasik CPUV banyak-banyak. Satu pun cukup katanya. Jangan tamak, haha.
Bulan ni aku rajinkan diri join segmen dan giveaway rakan-rakan blogger. Aku perasan jugak banyak sangat blogger anjurkan GA dan segmen sempena tahun baru ni kan. Meriah giler kot kat dashboard tu, hehe. Haaa yang invite kat chatbox pun ada jugak. Terima kasih ye yang invite untuk join GA dan segmen korang. Semestinya aku akan join semua yang aku sempat join, insyaAllah 😊
Ilmu berguna untuk dikongsi dengan anda semua berkaitan dengan Jenis Lipatan Bahagian Belakang Kemeja Lelaki Dan Fungsinya, especially untuk lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin ada yang jenis tak kisah pun ada lipatan ke tak, yang penting asal boleh pakai je kan. Bagi yang belum tahu, terdapat tiga jenis lipatan kemeja lelaki, iaitu lipatan tengah, lipatan tepi kiri @ kanan, dan jugak tiada lipatan, haha. Untuk lebih jelas lagi, boleh refer gambar di bawah ye.
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Dikatakan bahawa kemeja yang mempunyai lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut, atau dengan perkataan lainnya adalah, boroi, hehe. So kalau rasa nak sorok perut tu, pilihlah baju yang jenis ni ye.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
Okay, kemeja yang ada lipatan kiri dan kanan di belakang baju pulak dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Rasanya 'Abang-abang Sado' memang sesuai la pakai kemeja jenis ni, untuk menyerlahkan lagi ke'sado'annya.
3. Tiada Lipatan @ Pleatless
Kemeja yang tiada lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah perut boroi atau bahagian badan yang lain.
Pesanan untuk lelaki, sebelum beli kemeja tu, pastikan korang dah tahu korang kategori mana, barulah korang nampak lebih kemas dan bergaya, lagi-lagi kalau nak pergi interview kerja kan. Penampilan diri jugak mempengaruhi markah interview korang nanti. Untuk perempuan pulak, kalau ada kakak² atau adik² tengah cari hadiah kemeja untuk yang tersayang, bolehlah check dulu lipatan jenis macam mana yang sesuai dengan si pemakai tu nanti ye.
Okay sekian sahaja entri untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk semua ❤
Nota SF :
Pada pandangan aku sendiri, lelaki akan nampak handsome bila pakai kemeja, dan lebih handsome bila dia lipat lengan kemeja sampai ke siku, haha dan lebih lebih lebih handsome lagi kalau perangai dan akhlaknya pun seindah luarannya. Gituuu :p