Bayar Pinjaman/Loan Kenderaan Melalui Maybank2u

May 01, 2018

Bila dah ada kenderaan sendiri, sudah bertambah satu lagi komitmen. Mungkin ada yang baru membeli kereta dan dah perlu start untuk buat bayaran pertama bulan ni, mungkin la kan. So dah boleh simpan duit siap-siap untuk bayar kereta pulak lepas ni.

Mungkin sebelum ni bagi yang bujang, komitmen korang dengan PTPTN dan sewa rumah sahaja. Tapi lepas dah ade kereta sendiri, bertambahlah lagi satu komitmen iaitu bayaran bulanan kepada pihak bank (bagi yang buat loan dengan bank untuk beli kereta). 


Entri kali ni saya nak share cara untuk bayar pinjaman/loan kenderaan (mostly kereta) secara online melalui Maybank2u. Jangan sesekali pinjam dengan lintah darat ye, haha. Nanti 'bunga' dapat, sakit pun dapat. Tetiba teringat lagu Altimet tajuk Bunga :p Jangan sesekali terniat untuk cuba meminjam dengan ahlong. Ingatlah orang yang tersayang.

Ok, saya dah cuba buat sehabis ringkas untuk bagi korang faham step-step kat bawah ni, harap sedikit sebanyak membantu sesiapa yang nak bayar pinjaman kereta secara online ni. Just follow beberapa langkah dibawah, khas untuk pengguna Maybank2u :


Bayar Pinjaman/Loan Kenderaan Melalui Maybank2u

1. Buka website Maybank2u >>> https://www.maybank2u.com.my. Selepas keluar paparan macam kat bawah, klik 'Login'. Masukkan username dan password akaun Maybank2u korang.

2. Klik 'Accounts & Banking' > 'Bill Payments' > 'Make a One-off Payment'


3. Pilih 'Maybank Loan & Hire Purchase' > Klik 'Continue'


4. Pilih 'Maybank Hire Purchase' Klik 'Continue'


5. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan Klik 'Continue'

6. Jika nombor pendaftaran kenderaan yang dimasukkan betul, nama peminjam akan tertera. Semak dan pastikan nama yang tertera adalah sama dengan nama peminjam Klik 'Continue'

 7. Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar Klik 'Continue'

8. Klik 'Request for TAC' > Masukkan nombor TAC. Klik 'Confirm'. Selesai :)

Banyak sebenarnya kelebihan bila ada akaun Maybank2u ni. Macam-macam kita boleh bayar hanya melalui online sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter. Sekiranya baki dalam akaun Maybank korang tidak mencukupi dan terpaksa guna duit simpanan Tabung Haji (contohnya) untuk bayar loan, korang boleh juga transfer duit secara online dari Tabung Haji (TH) ke akaun Maybank, dengan syarat, korang sudah mendaftar akaun TH di mesin ATM Maybank.

Nota SF :
Korang perlu pergi ke mesin ATM Maybank terlebih dahulu untuk mendaftarkan akaun TH korang tu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Bila dah siap daftar akaun TH di mesin ATM Maybank, korang boleh terus akses akaun TH korang di Maybank2u.





You Might Also Like

25 comments

  1. Perkongsian yang bagus Syahidah..

    ReplyDelete
  2. Memang mudah dengan Maybank2u nie..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, nak tanya. Sebelum ni, saya selalu buat payment dekat mesin cash deposit Affin bank. Kereta saya kena kena bank in melalui Affin. Kalau nak buat bayaran online boleh pakai maybank2u jugak ke. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam Fatin. Awak boleh bank in juga ke Affin Bank melalui Maybank2u 😊

      Delete
  4. Kalau saya tolong bayarkan utk kereta org lain blh tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak bayar loan melalui hire purchase Maybank2u ni, awak kena masukkan maklumat no.plat kenderaan awak sendiri n no.account hire purchase tu.

      Delete
  5. Kalau saya nak tolong bapa mentua saya bayarkan melalui maybank2u saya bole ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak bayar loan melalui hire purchase Maybank2u ni, awak kena masukkan maklumat no.plat kenderaan awak sendiri n no.account hire purchase tu.

      Delete
  6. thank you share.. sangat sangat membantu..

    ReplyDelete
  7. Kalau nak bayar loan easy rhb tu melalui Maybank2u boleh tak??

    ReplyDelete
  8. Saya nak byr kan loan kereta utk arwah abg saya, kalau baca tru komen awak ad ckp kene msukkan no plat kereta sendri. Tpi sya tiada kereta dan bole saya tahu ap mksd account hire purchase. Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya awak kena masukkan no plat kereta arwah abg awak .

      Delete
  9. Kalau nk bayar loan kereta public bank mlalui maybank2u bole ajar cara2 nya? Atau bole juga guna cara d atas?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Puan Shahidah.com.mintak update cara-cara pembayaran kereta menggunakn mybank2u melaluai apps mybank2u yang baru.tq

    ReplyDelete
  11. Slmt pagi mcma mana kalau nak bayar loan kereta melalui mybnk2u ke rhb b

    ReplyDelete
  12. jazakillah admin..sangat membantu saya..puas cari tak jumpa..cari cik gugel..akhirnya berjaya..semoga puan sentisa dalam rahmat Allah

    ReplyDelete
  13. Kalau dari maybank2u nak tranfer ke cimb macam mne ye ? Saye baru first nak buad bayaran tapi tak tahu macam mane. Sebb no acc bank pon tak dpat .

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Sy first time dlm bab2 ni. Bole sy tnye ap maksud pembiayaan auto? Adkh maksudnya bank akan tarik duit dgn sndri Dan sy xperlu sibuk nk click2 lg? Adakah Bank itu akan auto tarik duit yg ad dlm Maybank2U Tu yg namanya "personal saver account"?

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)