Personaliti Wanita Berdasarkan Bentuk Lipstik

May 22, 2016

Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu kepada semua :) Tadi tengah duk belek-belek muka buku, terjumpa satu benda yang menarik perhatian aku. Rasa macam "ehh ada betul jugak apa yang dia cakap (taip) ni". Sebelum ni main guna je lipstik atau lipbalm tu, dan of course lepas guna tu akan terjadinya bentuk-bentuk macam gambar kat bawah ni : Bentuk bulat, cekung, baru, rata, runcing. Dan bentuk-bentuk tu lah yang secara tak langsung melambangkan personaliti kita. Bukan nak kata 100% percaya benda ni, mungkin secara kebetulan je, hihi


Personaliti Wanita Berdasarkan Bentuk Lipstik



Kalau bentuknya BULAT, anda seorang yang lembut, feminin, pendamai, pencinta seni, ikut peraturan, pentingkan keluarga.


Kalau bentuknya CEKUNG, anda seorang yang sensitif, pendiam, bijaksana, bersemangat, bersungguh-sungguh, suka memberi pendapat/idea.


Kalau bentuknya BARU (sama bentuk macam baru beli), anda seorang yang konfiden, sangat detail, kreatif, energetik, disenangi ramai, juga seorang pemimpin yang hebat.


Kalau bentuknya RATA, anda seorang pendengar yang baik, bijak berkomunikasi, tidak mudah tergoda, lucu, bijak dan tegas.


Kalau bentuknya RUNCING, anda seorang yang ego, dominan, imaginatif, sensual, tidak mengikut peraturan.


Haa, dah tengok lipstik masing-masing tak? Macam mana bentuknya? Haha. Selamat bergincu semua wanita di luar sana. Yang lelaki tu jangan sesekali ada hati nak cuba-cuba bergincu ye. Kalau nak tengok je boleh :p




You Might Also Like

4 comments

  1. Alahai kena siasat gincu ni..hehe...lama dah tak pakai gincu...sesekali je dik...

    ReplyDelete
  2. perghh, bru sedar, terus pi tgk lipstik sendiri, haha

    ReplyDelete
  3. Mnta izin copy dan share ye empunya blog..��

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)