Ayah Pin Meninggal Dunia

April 23, 2016

Credit Photo

Ketua ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 74, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, malam tadi. Isterinya, CheJaharah Awang, 56, berkata, suaminya meninggal dunia pada 8.30 malam tadi. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan itu kira-kira 8 pagi tadi.

Ayah Pin yang juga pengasas kepada `Kerajaan Langit’ yang disenaraikan kumpulan ajaran sesat itu dikatakan menghidap angin ahmar sejak beberapa tahun lalu. Apa-apa pun, semoga dia sempat bertaubat  dan kembali ke jalan Allah sebelum meninggal. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Tiada yang lagi berkuasa di dunia ini melainkan Allah SWT. 




You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)