Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

February 09, 2015

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan | Aku ni jenis yang suka baca kisah atau pengalaman hidup orang lain. Daripada pengalaman orang lain, sedikit sebanyak kita akan tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Walaupun bukan kita sendiri yang alami, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang orang lain alami. Bila tengok orang lain dalam 'kemiskinan', jangan menghina mereka, tapi berilah bantuan. Kemiskinan ni tak semestinya dari segi wang ringgit je, tapi jugak dari segi iman mereka. Jadi kalau nampak ada yang tersasar dari landasan, inilah masanya untuk kita menasihati mereka dengan cara yang berhikmah. (Ohh lari tajuk sikit :p)

Salah satu wishlist aku yang belum tercapai : Travel Satu Dunia.

Sumber gambar: www.linkedin.com

"Ehh jangan mimpi laa, Malaysia pun tak habis travel lagi, ni nak travel satu dunia", bisik hati kecil aku.

Aku pun rasa tak mampu kot nak travel satu dunia, dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak kekangan. Tapi akan aku usahakan untuk sampai ke destinasi tu bersama family tercinta, insyaAllah. Banyak sangat faedahnya bila travel ni, macam-macam kita akan dapat, especially sesuatu yang sangat berharga iaitu pengalaman. Pengalaman tu tak dapat dijual beli, tapi kadang-kadang kita perlu korbankan wang untuk dapatkan pengalaman tu, contohnya travel. Yelaa, pergi mana-mana pun mesti kena ada duit kan, kalau takde, macam mana nak makan, minum dan sebagainya..

Tapi dari pemerhatian aku, nak travel sekarang ni dah senang, lagi-lagi kalau yang masuk universiti. Kenapa aku cakap senang? Sebab kebanyakan universiti sekarang dah spend a lot of money untuk students buat lawatan ke luar negara. Peluang dah ada depan mata, depend pada kita nak guna peluang tu ataupun tak. Peluang untuk dapatkan seberapa banyak pengalaman sepanjang berada di negara orang, memahami adat dan budaya mereka, melihat landskap yang semestinya berbeza dengan kita.

Sumber gambar: under30ceo.com
"Dunia ni kita yang punya". Macam pernah dengar ayat ni tapi kat mana ye? Dalam filem P.Ramlee kot ^_^




You Might Also Like

5 comments

  1. Dulu selalu berangan nak travel satu malaysia dalam setahun. sampai ke sudah tak jadi jadi huhuh

    ReplyDelete
  2. nice entry :) semua orang nak travel seluruh dunia sebenarnya. hehehe. Ayat yg paling saya setuju "Korbankan wang untuk pengalaman" tu ... means, fokus utama sebenarnya kewangan. yg lain2 tu sampingan. tapi tak bermaksud pula duit tu segala2nya. hehehe. Kena dalami dan balancekan la macam tu.

    salam kenal :)
    http://www.sofinahlamudin.com

    ReplyDelete
  3. Seronok sgt kalau dpt keliling dunia kan...

    ReplyDelete
  4. Yup. dan kos utk travel sekarang jauh lebih rendah berbanding beberapa tahun dulu. tiket flight pun lebih murah dah sekarang sebab persaingan yg sangat tinggi.

    pasal belajar tu, terutamanya yang buat phd dan master, kalau dapat scholarship lagi syok. Hihi

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)