Cara Mengharumkan Peti Sejuk

May 24, 2014



Entri ini khas untuk semua pembaca yang mementingkan kebersihan di dapur khususnya di dalam peti sejuk. Aku nak kongsikan salah satu cara bagaimana nak memastikan dalam peti sejuk tu sentiasa berbau harum setiap kali dibuka. Mesti dah ramai yang tahu cara ni sebab cara ni dah biasa suri rumahtangga gunakan di rumah mereka.. hehehe

1. Daun Pandan
Okay, cara pertama adalah menggunakan daun pandan. Ambil sehelai atau dua helai daun pandan, kemudian simpul daun pandan tersebut mengikut citarasa korang. Letak daun pandan yang dah bersimpul tadi kat mana-mana celah dalam peti sejuk. 

2. Arang
Cara kedua, menggunakan arang. Ambil beberapa ketul arang yang sederhana kecil je saiznya, letak kat mana-mana ruang kat dalam peti sejuk. Kalau boleh sorokkan sikit arang tu, nanti mencacatkan pemandangan dalam peti pulak kan. Time buka peti, tiba-tiba nampak arang seketul, haaaaa tak ke pelik tu.. hehehe.. Kalau anak kecil tengok, dia ingat kuih, terus dia makan arang tu, haaaaa susah jugak kan. Jadi sebaiknya letaklah kat tempat tersorok sikit :)

3. Esen Vanila
Cara ketiga pula, dengan mencalitkan sedikit esen vanila atau ros kat dalam peti. Kalau tak nak calit, tuang sikit je esen vanila dalam piring kecil, dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya memang memberansangkan. Sangat wangi..hehehe

Inilah sedikit sebanyak tips yang aku tahu dan kongsikan dengan korang. Yang penting, kena selalu cuci peti sejuk di rumah kita supaya tidak berbau. Sebab dalam peti tu, macam-macam makanan yang kita letak, kadang-kadang kita tak sedar ada makanan yang dah expired tarikhnya dan tu pun salah satu faktor yang menyebabkan peti berbau. 



You Might Also Like

4 comments

  1. time kasih.. mmg boleh cube..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dari ros.. singgah dan follow sini.. Kalau Ros, selalu letak daun pandan tu.. kadang-kadang letak daun limau purut..

    ReplyDelete
  3. ya Allah! Boleh tak terfikir selama ni. thank sharing

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)