Jumaat Penghulu Segala Hari

January 10, 2014

Assalamualaikum w.b.t..


Salam Jumaat untuk semua pembaca kesayangan sekalian. Jumaat adalah penghulu segala hari. Jika pada tahun-tahun yang lepas, Jumaat adalah hari persekolahan dan hari bekerja bagi negeri-negeri pantai barat. Bermula tahun 2014, Jumaat dan Sabtu telah diisytiharkan sebagai hari cuti bagi negeri Johor. Minggu ni jugak adalah minggu kedua bagi tahun 2014. Bagi ak, alhamdulillah, banyak kebaikannya di situ. Mula-mula memang rase janggal, tapi lama-lama, kita akan biasa. Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa" :) Semoga dengan hadirnya tahun baru, maka akan hadir juga azam dan impian baru dalam diri kita, ke arah yang lebih baik, insyaAllah..

Sebagai muslim, banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat. Perkara yang biasa kita lakukan adalah potong kuku, kan? hehehe.. Bagi kaum Adam pula, adalah diwajibkan untuk mereka menunaikan solat Jumaat. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.



Sumber gambar: Pakcik Google





You Might Also Like

6 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)