Aidilfitri yg ke-21 tahun

August 21, 2012

Assalamualaikum w.b.t warga blogger sekalian, especially kepada yang mengikuti perkembangan cerita aku dr awal sampai la saat ak menaip entry ni..heehee. Hari ni dah masuk hari ke3 umat Islam menyambut lebaran, atau Hari Raya Aidilfitri..pejam celik pejam celik dah abis sebulan kite berpuasa dan tiga hari lebaran sudah berlalu..kejapnye masa berlalu.. Aidilfitri ni jgk merupakan Aidilfitri yang ke21 aku ( besar jgk nombor tu). Lebih kurang dalam 2 minggu lagi, aku dah nak kena balik Johor semula :( ak rasa kejap sangat duk kat umah ni, walaupun cuti semester dua bulan lebih, tu dah kire lame bagi yang dapat cuti seminggu, ade jugak yang dapat cuti dua minggu je.. so ni dah kire bersyukur la kan, sebab kerajaan bagi cuti dua bulan lebih untuk yang bergelar mahasiswa mahasiswi bercuti..Alhamdulillah..

Dan sepanjang tempoh nih jugak, banyak benda yang aku telah belajar..belajar erti kejujuran, kesetiaan, kesabaran, keikhlasan dan macam2 lagi lah..haahaa.. dulu bukan nye ak x tau sume ni, tp kali ni, aku sendiri yang melalui nya lebih drp sebelum ni (paham ke?? xpela, wat2 paham je :p ) erm sebenarnye banyak benda yang aku nak cite yang ade dalam kepale ni, tapi aku xtau la nape susah sgt tangan ku ni nak menterjemahkannye..hehee.. Ok la, rasanye masih sempat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada anda semua..sama2lah kita bermaaf-maafan, kerana sesungguhnye sifat memaafkan itu adalah sifat yang terpuji, lebih2 lagi di bulan yang mulia ni. Terima kasih buat kawan2 yang datang beraya kat umah aku, iloveu my frend ^^

Kad raya istimewa untuk anda semua! :)




You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)