Puding Pelangi

July 08, 2011

Mesti korang dah tahu kan aku nak citer pasal apa untuk post kali ni, hehee. Yelaa tengok tajuk pun dah tahu kan, 'Puding Pelangi'. Tapi aku tak tahu la korang panggil apa, sebab setahu aku setiap tempat beza-beza nama puding ni. Ok skrg ni kita tinggalkan dulu pasal asal usul puding ni sebab misi utamanya kat sini aku nak share pasal cara-cara nak buat puding yang sedap lagi menyelerakan ni :p


Sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan teramatlah mudah untuk didapati di pasaran.

Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar2
3 cawan gula
1 tin susu cair
7 biji telur
7 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit garam & margerin


Puding yang sudah siap dihidang :) 

Cara membuatnya:

1) Mula2 sediakan periuk yang sederhana besar, jangan kecik sangat nanti takut tak muat, hehee
2) Letak air yang telah disukat tadi ke dalam periuk.
3) Pastu masukkan agar-agar. Tunggu sehingga mixture (air & agar2) tu mendidih.
4) Bila mixture tadi dah mendidih, masukkan pula gula. Kacau ia sehingga mendidih.
5) Pastu letakkan sedikit garam (tak boleh banyak sangat sebab ni sebagai penambah perisa je)
6) Masukkan susu cair dan kacau. Tunggu hingga mendidih.
7) Masukkan pula telur yang sudah di kepuk. Letak sedikit margerin.
8) Biarkan ia selama beberapa minit, dan letakkan ke dalam bekas. 

Kemudian boleh la letak dalam peti sejuk, lepas tu boleh la makan, hehee, senang je kn. So bagi sesiapa yang belum cuba tu, cuba la :D

Wassalam.




You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)