
Insan Istimewa Memang Sukar Di Cari Ganti | Apabila 'kawan, teman, sahabat' adalah 3 perkataan yang sangat berbeza maksudnya. Tapi sangat beruntung seseorang itu jika memiliki seorang insan yang bukan sahaja bergelar kawan, pada masa yang sama dia lah teman, dan dia lah juga sahabat untuk kita. Sahabat yang baik bukan sahaja sentiasa di samping kita susah dan senang, malah dia sentiasa menghargai setiap apa yang kita lakukan. Ada kawan beribu di sekeliling pun belum tentu kawan itu akan ada waktu kita susah. Mungkin mereka pun sudah lupakan kita, tapi kita je yang masih terfikirkan tentang mereka ^^ Apapun doakan yang terbaik untuk mereka.