Boleh print dan tampal jadual waktu imsak dan berbuka puasa ni kat rumah. Kalau kat rumah aku, tampal kat tepi almari je, senang nak tengok. Bila tak dapat berpuasa dengan keluarga di rumah, takwim ni lah salah satu benda yang membuatkan aku rindu untuk berpuasa di rumah, sebab dah terbiasa dari kecil kalau bulan puasa mesti ada takwim :)
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1435H | Lagi beberapa jam Syaaban akan melabuhkan tirainya, Ramadhan pula yang akan menyusul. Sebagai seorang muslim, kita sudah maklum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan Islam di mana wajib bagi kita untuk berpuasa, yang merupakan salah satu rukun Islam. Berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah.
Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah, kepada semua umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Lakukanlah ibadah dengan sebaiknya kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu Ramadhan lagi. #NoteToMySelf :)