Selamat Hari Raya dan selamat berpuasa sunat bulan Syawal :p Semalam ak tengok movie Child's Play 3. Korang mesti dah tengok kan? Ak memang lambat ckit kalau movie English ni, ehehe.. dan movie yang jadi perbualan hangat kawan2 ak sekarang ni, The Conjuring. Kalau kat twitter tu, penuh hashtag dengan movie ni, ajak tengok wayang la.. haishh best sangat ke citer tu? ahaha
Ok lupakan pasal The Conjuring, sebab ak belum tengok, nanti ade masa ak tengok dan memang dalam perancangan pun :p
Child's Play 3 ni bagi ak, memang best citer dye, sambungan dari Child's Play 2 hari tu. Mengisahkan tentang Chucky(nama boneka tu). Chucky ni wujud semula apabila pihak perusahaan boneka itu, Play Pals Toy Company menggunakan kembali bahan lama, sekaligus roh jahat Charles Lee Ray yang semasa hidupnya sebagai pembunuh berantai, telah muncul dan masuk ke boneka Chucky.
Ending movie ni tak mengecewakan. Ak bagi 5/5 bintang untuk movie ni (:
Ape khabar semua? harap sihat walafiat dan happy2 selalu, lagipun mesti dalam mood raya lagi kan? ehehee.. yang masih bersekolah, mungkin dah start cari beg sekolah, kot2 da lupe letak kat mane time cuti ni, ahaha.. yang nak balik kolej pun, mungkin tengah panik sebab tiket bas tak beli lagi, lebih2 lagi yang duk jauh macam ak ni, belajar kat selatan, kampung kat pantai timur, tiket bas memang cepat habis time2 raya macam ni, kalau tak beli awal2, tak balik la jawabnye, ehehe *ye ye je..
Ehh macam takde kena mengena je mukaddimah ngn tajuk entri kan? ahaha tula memang takde pun, ak nak cakap ni sebenarnye.. ak nak cakap yang ak terbaca satu artikel tadi, artikel tentang sikap ibubapa ketika ibu sedang mengandung dan kesan terhadap anak dalam kandungan yang bakal lahir nanti.. artikel ni sangat bagus sebenarnye, lebih2 lagi untuk ibu yang sedang mengandung.. tapi si bapa pun perlu tahu jugak, untuk kebaikan pada masa akan datang.. Baca kat bawah ni :
Sebenarnye bila ak fikir2, dan mengikut logik akal, ada jugak betulnya tu, contohnya ak tengok orang yang terdekat dengan ak.. masa dia mengandung, dia selalu mengaji, buat amal kebajikan, dan anak yang lahir tu pun sekarang ni alhamdulillah, jadi anak yang soleh dan solehah, pandai dan mendengar kata.. sejuk perut ibu yang mengandung :) Alhamdulillah.