Aku pernah terbaca kes seorang hamba Allah yang dijemput Ilahi sebelum sempat arwah delete gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di Facebook beberapa tahun lepas. Rohnya tidak tenang selagi gambar-gambar tersebut tidak di delete dari akaun. Rohnya datang menghantui si ibu.
Pewaris Facebook Kita Sekiranya Berlaku Kematian
Satu perkara yang aku baru tahu hari ni tentang aplikasi dalam Facebook. Sedang kita leka dengan laman sosial facebook hari ni, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita kan. Sekarang fb dah upgrade sikit aplikasinya. Rupanya kita boleh setkan siapa pewaris akaun fb kita. Tujuannya ialah selepas kita meninggal dunia, pewaris tersebut boleh delete mana-mana post atau gambar yang ternampak aurat dalam akaun kita.
Ikut langkah-langkah di bawah dengan merujuk gambar :
1) Buka akaun Facebook. Pergi ke Settings > Security
2) Pilih Legacy Contact
3) Lepas tu masukkan nama pewaris yang kita nak pada bahagian Choose a friend.
(Kalau boleh pilih la siapa-siapa yang kita percaya untuk jaga akaun kita)
Facebook akan hantar mesej kepada pewaris tersebut di Inbox.
Nota SF:
Aplikasi ni bagus sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga dan lagi bagus kalau kita sendiri kurangkan upload gambar yang tidak menutup aurat di mana-mana laman sosial selagi kita masih hidup ni :)
*Peringatan untuk diri sendiri juga
![]() |
Credit Photo |
Merujuk kepada gambar di atas, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan diagihkan bermula 28 Januari 2016 bagi setiap kategori iaitu :
* Individu/Bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah
* Isi Rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah
* Isi Rumah yang berpendapatan RM3001-RM4000
* E-Kasih yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah
Bagi yang belum membuat permohonan, masih ada masa lagi untuk memohon secara online atau melalui penghantaran borang sebelum 31 Disember 2015 ini.
Bagi yang tak pasti sama ada dah buat permohonan atau belum, rujuk gambar di bawah :
1. Klik pada 'PERMOHONAN BARU'. Kalau keluar dialog box macam gambar di bawah, maksudnya awak dah mohon sebelum ni.
2. Kalau dah memohon, pergi ke 'KEMAS KINI PERMOHONAN'. Kenapa perlu kemas kini?
Assalamualaikum,
Tajuk bukan main panjang ehh, tapi lepas la baca dalam satu nafas je. Tak semput lagi kan, hehe. Entri hari ni tentang langkah-langkah mengisi minyak kenderaan di stesen minyak berdekatan. Sebenarnya tak penting pun stesen minyak tu jauh ke dekat, yang penting kita boleh isi minyak kenderaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Gituu.
Aku dulu pun tak pandai jugak nak isi minyak sendiri. Kat tempat aku ni kalau nak isi minyak motorsikal, selalu ada pekerja stesen minyak tu yang tolong isikan. Lagipun sekarang ni memang tak banyak sangat dah stesen minyak yang ada pekerja isi minyak. Semua kita kena buat sendiri. Aku mula isi minyak sendiri sejak bawak kereta. Nak taknak memang kena belajar jugak isi sendiri, sebab kalau takde pekerja kat situ takkan nak suruh orang kat kereta belakang yang isikan untuk kita :( Malu laaa..
Mula-mula tu aku ingat kan susah sangat nak isi minyak, tapi lepas dah cuba untuk pertama kalinya, aku pass la test ni. haha. Tapi aku bawak adik sekali, sebab dia dah biasa isi sendiri, so dia boleh ajarkan aku dan tengok kot-kot aku tersalah isi ke apa. Okey, saje je kan nak buat entri ni, mana tahu kalau-kalau ada jugak yang sama macam aku, yang mula-mula tu memang tak berani nak isi sendiri, hihi
Langkah-langkah Mengisi Minyak Kenderaan Di Stesen Minyak
Bila dah siap letak kereta kat sebelah pam minyak, perkara pertama yang kita perlu buat ialah matikan enjin kenderaan untuk mengelakkan kebakaran kenderaan. Jangan lupa matikan telefon bimbit juga.
Lepas tu :
1. Turun dari kenderaan, tengok nombor pam minyak tu. Tengok samada nombor 1/2/3/4 atau 5 dan seterusnya.
2. Terus pergi ke kaunter stesen minyak. Bagitahu lah cashier tu nombor pam minyak dan berapa ringgit awak mahu isi. (Bayar dulu baru isi)
3. Cashier tu akan setting, so kita tak perlu risau terlebih atau terkurang isi ke apa.
4. Pergi semula ke pam minyak tadi.
5. Buka tangki minyak kereta dulu (Kalau tak buka macam mana mau isi -.-)
6. Angkat nozzle dari tempatnya dan masukkan nozzle tu ke dalam lubang tangki minyak.
![]() |
Nozzle |
7. Tekan nozzle yang macam pistol tu. Kalau tak tekan minyak tu takkan keluar. (Sambil tengok bacaan minyak pada pam)
8. Bila dah selesai isi, letak semula nozzle tu ke tempat asalnya. Jangan lupa untuk tutup semula tangki minyak.
Ok, dah boleh start enjin kereta dan gerak seperti biasa sambil senyum sebab dah boleh isi minyak sendiri dengan jayanya ^__^
Ok, dah boleh start enjin kereta dan gerak seperti biasa sambil senyum sebab dah boleh isi minyak sendiri dengan jayanya ^__^
Sayang Aku Rindu~Bahrain~
Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Disetiap detak jantungku
Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu
Benar-benar aku tak mampu
Hidup tanpa mu memeluk ku
Maafkanlah diriku
Yang pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi
Sungguh sepi malam ku
Tak seperti saat dengan mu
Tika kau ada disisiku
Menghiasi mimpi indahku
Sayang sayang aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu
Engkaulah bintang dimalamku
Cahaya disetiap gelapku
Dirimulah cinta sejati
Sayang sayang aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu
Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil nama mu
Disetiap detak jantungku
Aku Rindu..
![]() |
Credit Photo |
Pastinya ramai yang mengenali arwah sejak dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak musim pertama. Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi. Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut. Perginya tanpa diduga. Arwah dipercayai meninggal dunia kerana sesak nafas. Takziah buat keluarga Pak Yus. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah..
![]() |
Credit Photo |
INFO ARWAH PAK YUS
Nama Panggilan : Pak Yus
Tarikh Lahir : 15 Mac 1976
Asal : Kampung Nesam, Batu Pahat, Perlis
Keluarga : Anak bongsu daripada tiga beradik
Pencapaian : Juara Raja Lawak Astro musim pertama (2007)
Drama : Amit, Gerabak, Nurul Iman, Hanya Tuhan Yang Tahu, Caca Marba, Gitu-Gitu Apek, Tiga Budak Botak dan Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya
Teater : Sri Mersing
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang sudi singgah ke sini. Semoga sihat dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Hari minggu ni lah kita nak luangkan masa dengan keluarga, lebih-lebih lagi bagi yang dah bekerja tu. Dari pagi sampai petang asyik mengadap kerja je kan, apa kata ajak keluarga keluar jalan-jalan masa cuti yang ada ni. Hilang sikit stress kerja tu, hihi
Bagaimana Anda Menyimpan Koleksi Handbag Di Rumah?
Wanita dan handbag memang tak dapat dipisahkan lagi. Memang sinonim sangat. Saya tak pernah lagi nampak wanita kat pasaraya atau kat pusat beli belah berjalan-jalan tanpa handbag. Bagi saya, zaman sekarang ni handbag bukan sahaja satu keperluan, tapi menjadi salah satu aksesori tambahan untuk wanita tampil lebih bergaya. Sekarang banyak sangat design handbag cantik-cantik yang dijual, boleh digunakan oleh pelbagai golongan untuk ke pelbagai majlis formal mahupun tidak formal.
Kalau ada satu dua handbag je, takde masalah rasanya nak simpan tu. Mungkin boleh selit-selit kat mana-mana dalam bilik kan. Tapi kalau 10 atau 20 jenis handbag? Kat mana nak letak tu? Haa inilah gunanya entri ini. Entri ni bukan nak review tentang Zalora atau Lazada yer :p Tapi saya nak share cara nak simpan handbag yang banyak-banyak kat rumah kita, supaya senang nak cari dan secara tidak langsung sesuatu ruang tu akan nampak lebih kemas dan tersusun.
Kat bawah ni terdapat beberapa jenis tempat penyimpanan handbag. Jom tengok satu persatu. Mungkin boleh bagi sedikit sebanyak idea di mana korang nak simpan koleksi handbag korang nanti.
Saya panggil rak ni jenis tangga pusing sebab rupa dia macam tangga pusing dalam tv. Rak jenis ni nampak ok jugak. Boleh gantung handbag yang pelbagai tu kat rak ni. Kelebihan rak jenis ni ialah kita boleh alih bila-bila masa dan letak kat mana-mana je. Kalau dah bosan letak kat situ, boleh letak kat sini pulak. Senang kan.
2. Handbag Hanger
Hanger jenis ni not bad. Senang nak ambil handbag dan letak semula. Mungkin boleh beli hanger jenis ni dan letak dalam almari baju.
3. Almari Handbag
Cara yang ketiga ni, dengan menyediakan almari khas untuk handbag kita. Costing sikit sebab kena beli almari baru kan, tapi kalau rajin, boleh buat sendiri almari tu, dan cat dengan warna pilihan. DIY dan jimat kos jugak.
4. Gantung di Dinding
Seterusnya, dengan menggantungkan handbag tu di dinding dalam bilik. Dalam masa yang sama, dah jadi hiasan dinding bilik tu sendiri. Suasana bilik pun jadi berbeza sikit. Cantik tak? hehe. Tapi pastikan tempat tu permanent sebab kita kena korbankan dinding tu nak kena tebuk letak paku dan sebagainya.
Selain tu, kalau ada curtain rods yang lebihan di rumah dan tak tahu nak letak kat mana kan, boleh guna curtain rods tu untuk gantung handbag jugak tau. Contohnya macam gambar kat bawah ni. Letak di belakang pintu supaya lebih tersorok sikit.
6. Kitchen Lid Rack
Last but not least, kat mana nak simpan purse pulak? Haa jangan risau, beli rak yang macam rak pinggan, atau memang rak pinggan pun :p Pastu boleh letak purse atas tu, macam gambar di bawah ni. Nampak tersusun kan? hehe
Okey lah, setakat ini sahaja tips dari saya tentang cara penyimpanan handbag yang bersesuaian dengan ruang. Bolehlah dipraktikkan di rumah ye :) Saya suka betul jenis rak yang first tu sebab nampak simple dan unik. Ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa lagi setakat ni, huhu
Moment Of Truth: Do Malaysians REALLY know their coffee?
Moment Of Truth: Do Malaysians REALLY know their coffee?
Tiada keluarga yang sempurna di dunia ni,
Malah tiada seorang pun yang sempurna,
Namun kita sentiasa berusaha untuk jadi yang lebih baik,
Walau beberapa hari tidak bertegur sapa,
Air yang dicincang tidak akan putus,
Mereka tetap keluarga kita.
Balqis~UNIC~
Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan Tuhan... menilainya...
![]() |
Credit Photo |
Gambar menunjukkan rentetan sebuah ceritera cinta tentang seorang lelaki yang bergelar PhD student. Bermula si dia berumur 12 tahun, sehinggalah ke waktu pertunangannya. Walaupun diceritakan dalam bentuk gurauan, tapi itulah realiti yang sedang berlaku. Aku cerita semula ye apa yang dimaksudkan dalam gambar tu.
Alkisahnya bermula begini.
Ada seorang budak lelaki, Amran (bukan nama sebenar), ditakdirkan satu kelas dengan seorang budak perempuan, Maria (bukan nama sebenar) ketika berumur 12 tahun. Kalau kat Malaysia ni umur 12 tahun maknanya sekolah rendah Darjah 6. Rumah Amran bersebelahan dengan rumah Maria. Hendak dipendekkan cerita, hari-hari mereka ke sekolah bersama-sama dengan menaiki basikal masing-masing yang berwarna hijau sejak Darjah 1 lagi. Lama-kelamaan mereka menjadi semakin rapat dan akhirnya menjadi kawan karib.
Apabila masuk sekolah menengah, mereka jarang berjumpa. Kalau jumpa pun waktu cuti sekolah. Yela, Amran dan Maria tak lagi satu sekolah. Yang sorang sekolah agama, sorang lagi sekolah sains. Namun, mereka tetap berhubung dan bertanya khabar melalui Whatsapp/SMS. Selepas tamat STPM, Amran dan Maria sama-sama berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tetapi dalam bidang yang berbeza.
Panjang la pulak mukaddimah cerita ni, hihi, takpe, sambung sikit je lagi..
Mungkin bukan rezeki mereka untuk memperolehi tawaran ke universiti selepas SPM, tapi rezeki mereka tawaran tersebut datang selepas STPM. Walaubagaimanapun, masing-masing gembira dengan tawaran untuk menyambung pelajaran ke universiti terkemuka tanah air itu, kerana itulah impian mereka sejak dulu lagi.
Setelah berpenat lelah selama 4 tahun di universiti, akhirnya mereka berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diceburi masing-masing. Amran bercadang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Sarjana atau Master. Namun, Maria tidak bercadang untuk melanjutkan pelajaran seperti Amran kerana dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya. Bagi Maria, sudah tiba masanya untuk dia berkeluarga.
Tahun berganti tahun, Amran selesai dengan program Master beliau dan berhajat untuk menyambung lagi pelajarannya ke peringkat PhD. Amran ingin membuktikan kepada dunia bahawa anak kampung dan orang susah sepertinya juga boleh berjaya jika ada usaha. Dia juga mahu menggembirakan hati kedua ibu bapanya. Dan ternyata, selepas beberapa tahun, Amran berjaya menghabiskan PhD. Pada masa yang sama, Maria, kawan baiknya waktu sekolah dahulu sudah mempunyai 2 orang cahaya mata, anak sulungnya berumur 10 tahun, manakala anak kedua berumur 7 tahun.
Kini, Amran sudah pun menjadi seorang doktor pakar bedah dan memiliki beberapa buah farmasi sendiri. Pada hari ini juga, Amran akan mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang jauh lebih muda darinya yang sedang belajar di kolej swasta. Mereka akan berkahwin 2 bulan selepas pertunangan ini. Amran memang pernah bercinta dengan gadis lain sebelum ini, tapi perhubungan mereka tidak kekal lama sebab gadis tu tak sanggup untuk menunggu Amran terlalu lama untuk menghabiskan pelajaran. Akhirnya hubungan mereka putus di tengah jalan dan bekas kekasihnya pun sudah berkahwin dengan jejaka lain.
Paling mengejutkan apabila Amran mengetahui bahawa tunangnya adalah anak kepada Maria, kawan sepermainan Amran waktu sekolah dahulu. Tiba-tiba terdetik di hati Amran, kalaulah dia berkahwin selepas habis degree dulu, mungkin anaknya pun dah sebaya anak Maria.
Percaturan Allah itu sungguh indah. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Amran terima andai itu takdirnya.
Kini, Amran sudah pun menjadi seorang doktor pakar bedah dan memiliki beberapa buah farmasi sendiri. Pada hari ini juga, Amran akan mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang jauh lebih muda darinya yang sedang belajar di kolej swasta. Mereka akan berkahwin 2 bulan selepas pertunangan ini. Amran memang pernah bercinta dengan gadis lain sebelum ini, tapi perhubungan mereka tidak kekal lama sebab gadis tu tak sanggup untuk menunggu Amran terlalu lama untuk menghabiskan pelajaran. Akhirnya hubungan mereka putus di tengah jalan dan bekas kekasihnya pun sudah berkahwin dengan jejaka lain.
Paling mengejutkan apabila Amran mengetahui bahawa tunangnya adalah anak kepada Maria, kawan sepermainan Amran waktu sekolah dahulu. Tiba-tiba terdetik di hati Amran, kalaulah dia berkahwin selepas habis degree dulu, mungkin anaknya pun dah sebaya anak Maria.
Percaturan Allah itu sungguh indah. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Amran terima andai itu takdirnya.
Nota SF:
Sebenarnya aku tahu korang dah faham cerita dari gambar tu tanpa aku explain, tapi saja je aku nak explain dalam bentuk cerita, sambil-sambil asah bakat nak jadi novelis, haha kononnya lah kan. Jauh lagi la nak jadi novelis. Kena praktis banyak lagi ni. Takdelah, hakikatnya aku tengah kebosanan, lalu terhasillah cerita ni. Cerita ni pun banyak aku tambah-tambah sendiri tapi tak lari dari topik asal yang dalam gambar tu.
"Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000"
Kepada pemohon, dinasihatkan untuk membaca tentang Cara Memohon dan Syarat Kelayakan Permohonan di website PR1MA terlebih dahulu atau >>>KLIK DI SINI<<< . Cuba dulu nasib, mana tahu ada rezeki kan :)
![]() |
Credit Photo
Sedikit perkongsian untuk hari ni, yang aku dapat kat Twitter. Rasa macam menarik jugak untuk dikongsi dengan semua tentang waktu yang sesuai dan terbaik untuk kita bersarapan, makan tengah hari dan jugak makan malam. Semoga bermanfaat :)
|
Mesti ramai yang berpusu-pusu beratur dalam 7Eleven bila ada 'Slurpee' percuma ni. Bukan selalu pun kan. Pihak 7Eleven pun ada buat satu pertandingan dimana peserta yang memuat naik gambar dengan gaya yang menarik akan menang hadiah. Maka ramailah rakyat Malaysia yang menyertai pertandingan tu dengan gaya dan aksi yang pelik² semata-mata untuk menang.
Sebenarnya bagi aku la kan, niat pihak 7E bagi air percuma tu untuk rakyat dah bagus dah, sangat murni niat mereka. Aku sokong tu. Semoga murah rezeki mereka. Tapi aku kurang bersetuju bila ada rakyat yang ambil air tu banyak², kalau minum sampai habis ok la kan. Tapi kalau tak habis, tak ke membazir namanya tu. Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitonnnn.
Lepas dah ambik banyak² tu, kalau dikongsi dengan kawan² adik beradik saudara mara tu, alhamdulillah. Tapi kalau ada yang sampai letak air tu dalam helmet, dalam dashboard kereta, tu memang.... aishh tak tahu aku nak cakap apa. Selera pulak dia nak minum. Aku nak tanya, kalau ada kawan korang offer air yang dia letak dalam helmet, korang lalu ke nak minum? haha.
Budak ni letak 'slurpee' dia dalam botol susu besar gedabak tu aku boleh terima lagi. Comel betul ! haha
Kalau yang letak dalam helmet ni memang aku takleh terima, sorry, haha :p
Bila dah ada pertandingan macam ni, aku tengok banyak sangat kesan yang sedang berlaku dan bakal berlaku. Aku tak cakap pun kesan buruk, tapi sedikit sebanyak apa yang dibuat tu pasti ada kesannya.