Kuey Teow Kungfu

January 26, 2019

Assalamualaikum w.b.t.

Dekat bawah ni saya senaraikan bahan-bahan membuat kuey teow kungfu untuk makan 2-3 orang ye. Cara membuatnya, berbeza sedikit berbanding kuey teow yang lain, sebab kita perlu menggoreng kuey teow yang bersalut telur terlebih dahulu, selepas itu barulah kuahnya dituang ke atas kuey teow yang dah siap digoreng tadi. Ok, let's we start now ! :p

Resipi Kuey Teow Kungfu

Bahan membuat kuey teow :

1/2 bungkus kuey teow
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Manakala bahan untuk membuat kuah adalah seperti di bawah :

3 ulas bawang putih - dihiris nipis
6 ekor udang
Dada ayam - dipotong dadu
3 biji fishball dipotong dua - optional
1/2 batang lobak merah - dipotong kecil
3 tangkai sawi
Brokoli - optional
Cili hidup / cili api
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit minyak masak


Cara-cara membuatnya :

1) Rebus ayam yang dipotong dadu terlebih dahulu. Air rebusan ayam boleh digunakan untuk membuat kuahnya nanti.

2) Celurkan kuey teow yang sudah dicuci bersih. Jangan lama sangat celur. Nanti terlalu lembik tak sedap nak makan. Agak2 dah lembut, boleh angkat dan toskan. 

3) Pecahkan telur. Masukkan kuey teow ke dalam telur dan kacau rata. Panaskan minyak. Goreng kuey teow yang sudah bersalut telur tadi sehingga garing. Ketepikan seketika.

4) Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang putih. Masukkan ayam yang sudah direbus. Bila dah hampir garing, masukkan air rebusan ayam tadi (kalau air rebusan ayam tak cukup sebab suka kuah banyak, boleh tambah air biasa)

5) Bila dah mendidih, masukkan udang, fishball, lobak merah, sawi, brokoli dan cili. Masak seketika. Lepas tu, masukkan tepung jagung, garam, ajinamoto. Bila rasa tu dah sebati, tutup api.

6) Tuang kuah ke atas kuey teow yang digoreng tadi sampai rata.

7) Dah siap. Sedia untuk dihidangkan :)


You Might Also Like

2 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)