Bulan pertama dalam kalendar Islam ialah bulan Muharam. Jangan ada pulak yang tak tahu, hiks. Kalau lupa jugak, boleh dengar semula lagu nasyid tajuk Bulan-bulan Islam oleh Alarm Me. Ni salah satu tips supaya mudah ingat bulan-bulan Islam ni tau, sebab saya selalu dengar lagu ni time kecik² dulu, sekarang ni ingat lagi, alhamdulillah.
Berguna jugak lagu tu kan, at least orang yang buat lagu tu dah banyak berjasa dan orang yang dengar pun dapat faedahnya. Tu la contoh lagu yang betul² bagus untuk masyarakat. Dalam kalendar Islam pun, bulan Islam ada 12 bulan semuanya (Muharam hingga Zulhijjah). Sama jugak untuk tahun masihi, ada 12 bulan (Januari hingga Disember).
Bulan-Bulan Islam
Muharam
Safar
Rabiul Awal
Rabiul Akhir
Jamadil Awal
Jamadil Akhir
Rejab
Syaaban
Ramadhan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah
Hari ni dah masuk 1 Muharam.
Ajak adik² atau anak² dengar lagu ni, hehe.
Salam Maal Hijrah 1437H :)