Sebelum tidur, seperti biasa ak akan buka blog, blogwalking dan baca entri-entri blogger lain..
Itu lah hobi ak.. hehehe
Setiap kali buka blog ni, seperti biasa, iklan Churp2 dari syarikat Nuffnang yang berlegar-legar di header dan sidebar..
Bila blogwalking ke blog lain pun iklan Churp2 yang berlegar-legar..
Ramai yang cakap, bila klik iklan Churp2 yang ni, takde penambahan pun pada earning kita..
Tapi kadang-kadang ada jugak iklan lain yang keluar seperti NIVEA, IKEA..
Itulah dinamakan rezeki..
Syukur..
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Lagi beberapa jam je lagi, ak akan bertolak ke LCCT, Kuala Lumpur, bersama teman-teman seperjuangan..
Kunjungan kami ke Indonesia kali ni adalah atas tujuan lawatan akademik..
Kami akan ke Solo dan Yogyakarta, insyaAllah..
Jika berkesempatan akan pergi ke Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS), Indonesia..
Program ni adalah kerjasama antara Jabatan Senibina Landskap UTM dan UMS..
Segala makan minum dan tempat penginapan telah diuruskan oleh pensyarah di sana..
Ak bersyukur sangat sebab dia sanggup menguruskan dan menjaga kami sepanjang kami di sana..
Maklumlah tempat orang, bukan senang kita nak cari tempat makan minum yang halal kan, hehehe..
Okey, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik yerr.. :)
p/s: Entri ni adalah entri tanpa gambar. Nantikan entri bergambar selepas ni yer, hehehe
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamulaikum w.b.t..
Sepanjang berada di semester 5, wajib bagi kami untuk mengambil subjek Perancangan Sumberjaya Studio (Resources Planning Studio), iaitu 5 kredit untuk satu subjek, sungguh membuat aku kenal apa itu erti kerjasama dan juga pengorbanan. Bekerja secara berkumpulan memerlukan komukasi yang baik, jika salah cakap, mungkin ada yang akan terasa hati, merajuk dan tidak kurang juga yang akan naik angin. Bekerja dalam kumpulan juga perlukan pengorbanan dari segi masa. Maksudnya kalau ada discussion atau meeting, semua mesti hadir, bukan setakat hadir, tapi juga mengeluarkan dan menyumbangkan idea masing-masing. Barulah suasana meeting tu jadi harmoni :p
Untuk semester 5 ini, projek kami adalah di seluruh daerah Pontian, Johor. Kami perlu design landscape untuk satu Pontian. Nasib baik kami kerja dalam kumpulan, bahagikan tugas masing-masing. Alhamdulillah, segala penat lelah tangis tawa di semester 5 sudah berakhir, dan tertutup sudah tirainya. Rupanya pahit manis yang kami lalui selama ni membuahkan hasil. Ak bersyukur dengan result exam setakat ni, alhamdulillah.. :)
Gambar di atas ni adalah di kawasan Rimba Terjun, berdekatan dengan Taman Rekreasi Rambah, Pontian. Apa yang menariknya dalam design ni adalah, penambahan satu jeti untuk orang ramai datang ke sini. Dalam jeti tu, orang ramai boleh menikmati pemandangan di sekitar Sungai Rambah dan juga pameran. Pameran yang diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengunjung tentang kepentingan menjaga sungai dan juga sejarah serta budaya masyarakat setempat.
Gambar di bawah pula adalah satu projek di Taman Rekreasi UTM, dimana kawasan ini banyak dikunjungi oleh institusi luar seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan juga aktiviti kokurikulum untuk mahasiswa UTM di situ sendiri. Keadaan asal di kawasan ini agak baik, cukup dengan kemudahan, seperti tandas, tempat perhimpunan, tapak perkhemahan, wakaf untuk berehat dan sebagainya, tetapi semua itu sedikit sebanyak memerlukan improvement dari segi pengindahan landskap, supaya pengunjung yang datang berasa selesa sepanjang berada di sini.
p/s: Gambar-gambar di atas adalah hasil kerja ak sendiri menggunakan photoshop. Tak sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan pakar-pakar photoshop yang lain :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Sekarang ni muncul pulak StayReward, iaitu website yang membantu kita menjana pendapatan secara online.
Caranya sangat mudah, hanya register dan share link yang diberi oleh pihak StayReward tersebut :)
Memang betul bukan senang nak dapat duit, tapi selagi kita berusaha, insyaAllah rezeki tu ada di mana-mana, kita perlu berusaha terlebih dahulu.
Sambil online pun kita boleh menjana pendapatan, dengan syarat kena berusaha dan rajin :)
Jom ramai-ramai singgah website ni dan daftarlah sekarang!
Untuk daftar StayReward ni, anda boleh klik di sini atau klik banner di bawah.
Good luck you all! :p
PERHATIAN!!!
STAYREWARD NI MENIPU JE, JANGAN PERCAYA INI SEMUA SEBAB AK PUN DAH TERKENA!
STAYREWARD NI MENIPU JE, JANGAN PERCAYA INI SEMUA SEBAB AK PUN DAH TERKENA!
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat Menonton :)
Assalamualaikum w.b.t..
Sekarang ni cerita baru ditayangkan di TV3 Slot Akasia : Ariana Rose. Disebabkan tak sempat untuk tunggu pukul 7 malam di depan tv, so ak hanya mampu tengok online je cerita ni :p Biasanya ak tengok cerita ni kat website dailymotion.com sebab video boleh tahan clear jugak. Cerita ni antara cerita favourite ak :)
Sinopsis:Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar…” – Ariana Rose
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana… Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Judul Drama : Ariana Rose
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Penerbit : PenaCreative
Episod : 28 episod
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni
Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 30 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3
Di bawah ni ak nak share link setiap episod untuk tonton drama Ariana Rose. Selamat menonton :)
>>EPISOD 1 >>EPISOD 2 >>EPISOD 3 >>EPISOD 4 >>EPISOD 5 >>EPISOD 6 >>EPISOD 7 >>EPISOD 8 >>EPISOD 9 >>EPISOD 10 >>EPISOD 11 >>EPISOD 12 >>EPISOD 13 >>EPISOD 14 >>EPISOD 15 >>EPISOD 16 >>EPISOD 17 >>EPISOD 18 >>EPISOD 19 >>EPISOD 20 >>EPISOD 21 >>EPISOD 22 >>EPISOD 23 >>EPISOD 24 >>EPISOD 25 >>EPISOD 26 >>EPISOD 27 >>EPISOD 28
Assalamulaikum w.b.t..
Hari tu waktu study week, time ak bosan-bosan tu, ak tak tahu nak buat ape, so ak search la mana-mana movie yang best. Memang banyak sangat movie best yang ak jumpe, ak download dan dah tersusun dalam hardisk ak, hahaha tapi yang menarik perhatian ak waktu tu, satu movie ni, movie Siam. Tergelak-gelak ak tengok movie ni, sampai roomate ak pun pelik tengok ak gelak sorang-sorang.. hahaha
Dan roomate ak pun tanya, ak tengok cerita apa, so ak cakap la ak tengok cerita hantu Siam, dia pun pelik, macam mana ak boleh gelak time tengok cerita hantu? Lepas tu ak ajak dia tengok sekali dan ada seorang lagi kawan ak waktu tu, kami tengok movie tu sama-sama, memang tergelak besar kami waktu tu.. hahaha memang tak dapat dinafikan movie ni memang kelakar habis. Boleh lupakan sekejap masalah-masalah yang ada kat kepala time tu, hehehe.. okey ak tak nak cerita banyak pasal ni, sebab kalau ak cerita, sampai esok pun tak habis. So ak bagi sinopsis cerita ni je la ehhh, kalau nak tengok online, boleh klik link kat bawah.. hehehe
Sinopsis:
Mak (Mario Maurer) terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan isteri tercintanya, Nak (Davika Hoorne), yang sedang mengandungkan anak pertama mereka, demi menunaikan tugasnya di medan perang, bersama empat sahabatnya yang gila, Ter (Nuttapong Chartpong), Shin (Wiwat Krongrasri), Aey (Kantapat Permpoonpatcharasuk), dan Puak (Pongsatorn Jongwilas). Mereka yang waktu itu sedang dalam keadaan kritikal dan berada di ambang kematian, masing-masing membuat sebuah harapan, dan Mak berjanji akan pulang untuk menemui Nak walau apapun yang akan terjadi kelak pada dirinya ataupun Nak. Mak mengajak kawan-kawannya pulang ke rumahnya dan sekaligus mahu memperkenalkan isterinya. Namun, semasa Mak dan kawan-kawannya pulang ke kampung Mak, semua penduduk kampung memandang mereka dengan satu pandangan yang pelik, dan seolah-olah mereka takut berjumpa Mak.
Assalamualaikum w.b.t..
Salam Jumaat untuk semua pembaca kesayangan sekalian. Jumaat adalah penghulu segala hari. Jika pada tahun-tahun yang lepas, Jumaat adalah hari persekolahan dan hari bekerja bagi negeri-negeri pantai barat. Bermula tahun 2014, Jumaat dan Sabtu telah diisytiharkan sebagai hari cuti bagi negeri Johor. Minggu ni jugak adalah minggu kedua bagi tahun 2014. Bagi ak, alhamdulillah, banyak kebaikannya di situ. Mula-mula memang rase janggal, tapi lama-lama, kita akan biasa. Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa" :) Semoga dengan hadirnya tahun baru, maka akan hadir juga azam dan impian baru dalam diri kita, ke arah yang lebih baik, insyaAllah..
Sebagai muslim, banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat. Perkara yang biasa kita lakukan adalah potong kuku, kan? hehehe.. Bagi kaum Adam pula, adalah diwajibkan untuk mereka menunaikan solat Jumaat. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.
Sumber gambar: Pakcik Google |