Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama rasanya tak buat entri, dalam seminggu lebih kot.. hehhe tapi ak takkan biarkan blog ni kosong dan berhabuk tanpa entri, at least ak join segmen-segmen dan giveaway yang dianjurkan bloggers, InsyaAllah. Syawal pun dah nak melabuhkan tirainya, 31 Ogos kita akan menyambut hari kemerdekaan negara ke-56, tak sabar rasanya nak melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Okay ehh jap jap.. tajuk ikan singgang, tapi kenapa cakap pasal merdeka? hehee biasa la kot, ak kan suka lari dari tajuk :3 hmm bercakap pasal ikan singgang ni, lauk ni memang sinonim dengan orang pantai timur, especially Kelantan dan Terengganu. Memang sedap ikan singgang ni, cara buat pun tersangatlah simple, heheh dan lauk ni akan jadi bertambah sedap kalau dimakan bersama budu yang diperah asam limau, perghhh.. memang kalah la domino, McD, KFC dan yang sewaktu dengannya tu, hahha.. betul, seriously memang sedap. Ada jugak yang makan nasi berlaukkan ikan singgang ni dengan berulamkan jantung pisang. Tak percaya? Percayalah. This is a true story! :p Bagi yang pernah cuba mesti dia tahu, hehe.. Okay, ak nak berkongsi resipi lauk ikan singgang ni dengan korang, simple je.
|
Bahan-bahan:Ikan tongkol di bersihkan3 biji bawang merah2 biji bawang putih2 inci kunyit hidup2 inci halia2 inci lengkuas2 batang serai ( dihancurkan)5 keping asam keping8 biji cili api (kalau nak lagi pedas, letak lagi banyak)1 liter airGaram secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
- Hiris nipis bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, halia dan lengkuas. Panaskan air dalam periuk.
- Setelah air menggelegak, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Bila bawang tu dah layu, masukkan ikan, asam keping, cili api dan garam secukup rasa.
- Kacau perlahan-lahan supaya ikan tu tak hancur.
- Tutup periuk sementara tunggu ikan tu masak.
- Bila rasa kuah tu da ok dan secukup rasa, boleh la tutup api dan siap untuk dihidangkan.
p/s: Hari ni mak masak nasi dagang. Banyak sangat, sampai malam pun tak abis makan kot, hehee.. Mai la datang sini makan nasi dagang :D