Untuk memudahkan muslimin muslimat khususnya di Pahang, di sini disertakan sekali Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1437 H / 2016 M Bagi Negeri Pahang. Semoga bermanfaat untuk semua. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Amin.
Untuk memudahkan muslimin muslimat khususnya di Terengganu, di sini disertakan sekali Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 1437 H / 2016 M Bagi Negeri Terengganu bagi zon Kuala Terengganu & Marang, zon Besut & Setiu, zon Kemaman & Dungun, zon Hulu Terengganu. Semoga bermanfaat untuk semua. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Amin.
Selamat Datang Jun 2016 | Dengan hadirnya bulan Jun ni, maka Ramadhan Al-Mubarak pun makin hampir. Sudah bersediakah kita? Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun ini, insyaAllah. Yang belum habis ganti puasa yang tahun lepas tu, cepat-cepat la ganti ye, Syaaban pun tinggal berapa hari je lagi ni, hihi
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Tutup
buku lama, buka buku baru. Lupakan yang keruh, ambil yang jernih. Jika ada yang
berkecil hati dengan saya samada secara sengaja atau tak sengaja, saya minta
maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Assalamualaikum.
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1436H | Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah sehingga ke hari ini. Syukur juga sebab berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Sebelum pergi lebih jauh, aku ingin mohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan blogger yang membaca entri ni, kalau ada terkasar bahasa, tersilap bicara dalam mana-mana komen. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk adalah dari diri saya sendiri.
Sepanjang belajar di Johor ni, ini kali pertama aku berpuasa berjauhan dengan keluarga. Selepas tarikh VIVA (pembentangan projek akhir) ku di'extend' kan selama 3 minggu, macam-macam perasaan yang ada, sedih bercampur gembira. Sedih sebab bertambahnya lagi masa aku kat sini (lambat balik kampung) dan gembira sebab aku masih diberi masa untuk persediaan VIVA ni. Pembentangan di bulan Ramadhan, bulan puasa ni, mungkin ada hikmahnya. Aku pohon doa kalian semoga semua panel yang terdiri daripada 7 orang pensyarah kami sendiri yang ada pada hari tu nanti dilembutkan hati mereka untuk bagi kami semua lulus. InsyaAllah. Amin. Doakan kami ye!
Dah lama nak buat entri tapi asyik tertangguh je sebab kesuntukan masa. Kalau korang perasan, entri aku selama tiga bulan terakhir ni, semua entri yang aku join GA dan segmen. Rasanya bulan ni mungkin aku boleh luangkan masa untuk blogwalking dan join mana-mana segmen. Terima kasih pada korang yang jemput join GA tu, hee. Banyak betul GA kali ni, bulan puasa ni, masing-masing buat amal dengan bagi kad raya, duit raya. Semoga dimurahkan rezeki penganjur dan sponsor semua. Amin.
Ohh lagi satu, lupa nak bagitahu dari tadi sebenarnya. Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada muslimin muslimat, semoga amal ibadat kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kurangkan mengumpat (di laman sosial @ bukan laman sosial), upload gambar lepas tarawih, update check-in dekat mana-mana masjid dengan tujuan riak dan sebagainya. Hihihi (banyak lagi sebenarnya, tapi tak terluah dengan kata-kata).
Klik >>>SINI<<< untuk lihat Takwim Ramadhan 1436H- Waktu berbuka puasa / imsak.
Okey, layan video terbaru jap dari MatLutfi & The Geng. Siapa yang tak kenal kan dengan anak muda ni, sangat popular kat Youtube. Seperti biasa, video MatLutfi ni selalu cerita tentang isu-isu semasa dan penuh dengan pengajaran. Video kali ni memang best tau, tajuknya "Benda-benda Melayu/Muslim Sebut bila Ramadan". Korang search je tajuk tu kat Youtube, terus keluar. Kalau taknak search, meh aku bagi terus video MatLutfi terbaru kat bawah ni.. haaaa
Selamat menonton yer :)
Biar aku jelaskan sedikit sebanyak apa yang MatLutfi nak sampaikan dalam video ni, mengikut pemahaman aku. Kalau aku salah, sila betulkan yer.
1. Rakaat terawih : 8 rakaat atau 20 rakaat?
Ada antara kita yang buat 8 rakaat, ada jugak 20 rakaat. So, tepuk dada, tanya iman, mana satu yang dapat lagi banyak pahala :)
2. Tempat terawih :
Ada orang sukakan imam yang membaca surah dalam solat terawih tu dengan pelbagai jenis bacaan (qira'at), contohnya bacaan Bayaati, ada jugak yang memilih imam yang membaca dengan tajwid yang bagus. Tak kurang juga ada yang suka imam baca surah-surah pendek supaya cepat habis. Ada?
3. Tarikh puasa : Kalendar atau anak bulan?
Sejak dulu lagi memang nak tentukan tarikh puasa ke, tarikh raya ke, kena tengok anak bulan dulu kan. Jawapan ustaz dalam video ni, cer teka apa jawapan dia? haaa
4. Mulut Kasturi :
Tengah-tengah syok tengok bola dan menjerit 'gol !!!!! " tetiba terbau pulak mulut orang yang berpuasa, pernah macam tu? Tapi sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah S.W.T.
5. Fenomena update status :
Ni tak kira lelaki atau perempuan, sama je sebenarnya. Contohnya, bila sampai ke surau, ada yang cepat-cepat update status "check-in surau" kononnya, tapi tak masuk pun. Patut tak macam tu? Ada jugak orang yang update status "Tarawih done" , "Tadarus done" , " Zikir done" , dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Adoi, apa salahnya kalau amalan kita tu, biar kita dan Allah sahaja yang tahu, tak perlu lah nak bagitahu kat satu dunia kan.
6. Juadah berbuka
Bila pergi bazar je, rasa kalau boleh, semua benda nak beli dan semua makanan nampak sedap. Last-last angkut je semua, beli dan bawak balik rumah. Tapi bila dah berbuka, takde habis semua pun makanan yang kita beli tadi tu. Makan kurma sebiji, minum air, pun terus rasa kenyang. Ingatlah bahawa membazir itu kan amalan syaitan. #NoteToMyself
Nota SF:
Part yang paling 'best' masa yang perempuan berselfie lepas tarawih tu. Berselfie, pastu upload kat Instagram, twitter, facebook, dengan caption yang tersendiri. Hakikatnya itulah yang berlaku zaman sekarang, huhu. Apapun, video ni memang terbaik! :D
Nota Kaki:
Boleh print dan tampal jadual waktu imsak dan berbuka puasa ni kat rumah. Kalau kat rumah aku, tampal kat tepi almari je, senang nak tengok. Bila tak dapat berpuasa dengan keluarga di rumah, takwim ni lah salah satu benda yang membuatkan aku rindu untuk berpuasa di rumah, sebab dah terbiasa dari kecil kalau bulan puasa mesti ada takwim :)
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1435H | Lagi beberapa jam Syaaban akan melabuhkan tirainya, Ramadhan pula yang akan menyusul. Sebagai seorang muslim, kita sudah maklum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan Islam di mana wajib bagi kita untuk berpuasa, yang merupakan salah satu rukun Islam. Berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah.
Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah, kepada semua umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Lakukanlah ibadah dengan sebaiknya kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu Ramadhan lagi. #NoteToMySelf :)
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni hari last kita berada dalam bulan Syaaban dan esok kita semua umat Islam akan mula berpuasa, bersamaan 1 Ramadhan 1434H.. hehee rase macam pembaca berita pulak :p so di kesempatan ini ak nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 blogger yang beragama Islam.. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya.. bagi yang suke main mercun tu, kurang2kan lah main mercun yer, tp kalo nak main mercun jugak, main mercun bawang je la ek..heheh bukan ape, bahaye tau, dah banyak yang masuk hospital gara-gara main mercun, lebih-lebih lagi bulan puase ni.. kat rumah ak pun dah seminggu budak2 start main mercun.. semangat sangat nk raye tuh, puasa pun belum.. haiyaak.. ok2, so marilah kite same2 tingkatkan ibadah kite di bulan yang mulia ni, ajak adik2, kakak2, abang2 bertarawih kat masjid malam ni yer.. insyaAllah.. :)