Bermimpi Menyusukan Bayi

October 20, 2014

Semalam aku bermimpi. Mimpi aku tu sesuatu yang sangat pelik. Kali ni kira kali kedua aku bermimpi menyusukan seorang bayi. Kali pertama tu aku dah lupa bila, tapi tahun ni jugak lah. Bila aku google maksud mimpi aku ni, baru aku tahu yang ramai sangat yang alami mimpi yang sama. Macam-macam website yang cerita pasal tafsir mimpi macam ni, dan hasilnya sama. Maksud aku, ramai yang cakap mimpi menyusukan bayi ni, ada kaitan dengan jin/saka/sihir, berdasarkan pengalaman dorang. Persoalannya, betul ke mimpi menyusukan bayi ni ada kaitan jin/saka/sihir ni? Wallahualam..

Kadang-kadang, maklumat yang kita dapat melalui Google atau Yahoo atau seangkatan dengannya, tak semestinya betul, dan tak semestinya salah, bergantung kepada kita untuk percaya atau tidak, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tafsir-tafsir mimpi ni. Sebab mimpi ni kan mainan tidur. Ada orang cakap, mimpi pelik atau seram terjadi sebab sebelum tidur tak basuh kaki dulu. Dan sebagai orang Islam, amalkan membaca ayat Qursi dan 3 Kul sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan jin/syaitan semasa kita tidur.


Ada yang cakap bila mimpi seseorang menghulurkan bayi atau bungkusan kepada kita, jangan terima! Sebab mungkin itu adalah saka yang akan diturunkan kepada kita. Wallahualam. Aku nak percaya pun susah, sebab aku tak pernah alami lagi, dan memang mintak dijauhkan dari mimpi benda-benda macam ni! -.- Sebelum ni pun aku ada mimpi melahirkan dan mendukung bayi, bila search google, maksud mimpi aku ni berkaitan dengan jin/saka/sihir jugak! Uishh

Bila sebut pasal jin/saka/sihir, seriously aku pun rasa risau. Nak kata ada musuh, memang tak la, sebab aku tak suka cari pasal dengan orang lain, hehe. Tapi harap-harap tu mimpi biasa je, maybe aku lupa basuh kaki kot semalam, tu yang mimpi macam tu. haha. So, janganlah kita percaya bulat-bulat apa yang kita dengar atau baca. Siasat dulu betul-betul sumber tu dan tanya pada ustaz ustazah yang bertauliah, bukannya tanya pada 'Ustaz Google' ! hehe

Semoga kita semua terhindar dari gangguan syaitan dan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin.. ^_^




You Might Also Like

15 comments

  1. betul2 nak percaya sangat pon x boleh . mimpi mainan tido . amin . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 macam tu lah. amin..

      Delete
    2. Assalamualaikum.. semalam sy ad mimpi menyusukan seorang bayi.. sekarang sy tengah sarat mengandung 5bulan 2minggu.. bila bangun dari tidur sakit kepala.. baru kali pertama mimpi..adakah cuma mainan tidur...

      Delete
  2. Moga takda apa apa. Banyak berdoa. Jangan lupa baca doa sebelum tido :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Thanks atas nasihat, hehe

      Delete
  3. Tapi Ustaz dalam TV pernah cakap tafsiran mimpi ni .. Tak ingat sebab dah lama . Harap takda apa la . Semoga Allah lindungi kita . Dayah pun penah mimpi macam tu tapi yang paling ngeri Dayah mimpi mayat yang telah dikafankan meraung mintak tolong selama 3 malam direct . Bila terjaga ja mesti pukul 3 pagi . Berpeluh jugak la sebab mimpi seram kan . Nak tidur pun rasa takut ..huhuhuu alhamdulillah sekarang dah takda .. Baca alquran sebagai pelindung diri kita. In shaa Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh seram tuh, 3 malam berturut-turut pulak tu. Naseb baik takde pape kan. Yap, al-quran tu pendinding untuk kite :)

      Delete
  4. berdasarkan pengalaman saya. kalau mimpi kita, kita bangun pagi sampi boleh cerita kat orang mimpi tu..memang ad benda tak elok pada kita. sebab selepas berubat, perawat ad bgtau klu mimpi kita ulang2 dan kita boleh bercerita. itu ada sumtin kt kita. saya tak percaya tapi bila perubahan pd dri makin lama makin teruk siap tertengking ayah...well dri saya mmg ad sumtin. dan alhamdulillah pas berubat...saya tenang.

    ReplyDelete
  5. kalau gitu kena check jugak kot2 ada ciri2 lain yang boleh kata ada jin tu..try tengok kot2 selama ni kita tak perasan.kalau tak de mungkin mimpi tu mainan tidur je la..

    ReplyDelete
  6. ustaz sharhan der ckap mmpi cmtu tanda2 awal sihir masuk dlm badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. semalam sy ad mimpi menyusukan seorang bayi.. sekarang sy tengah sarat mengandung 5bulan 2minggu.. bila bangun dari tidur sakit kepala.. baru kali pertama mimpi..adakah cuma mainan tidur...

      Delete
    2. Assalamualaikum.. semalam sy ad mimpi menyusukan seorang bayi.. sekarang sy tengah sarat mengandung 5bulan 2minggu.. bila bangun dari tidur sakit kepala.. baru kali pertama mimpi..adakah cuma mainan tidur...

      Delete
  7. nk p'caya susah , x pcaya pun cam...
    haha , apa2 pun , fix kt satu , yg jadikan kita , n even 'bnda'2 lain tu pun , DIA

    hehe , sori nyibuk lak :D
    btw, lupa ckp , sy follow sini http://caraleezaty.blogspot.com/ ^.^

    ReplyDelete
  8. awk better awk p jumpe ustaz... sy pernah mimpi dikejar ular.. bila tanya ustaz dia ckp ada sihir yg nk ganggu sy.. dan betul sy trkena santau... skrg dh hampir 3/4 tahun sy kena baru tahun lepas sy tahu 2 pn sbb sy selalu sakit.. bila p hospital xde pape pn... pastu mak ayah bwk p jumpa ustaz.. n skrg alhamdulillah sy dh ok.. :) mimpi ni kadang2 jangan dibiarkan..kena ambil serius jgk...

    ReplyDelete
  9. saya pun pernah mimpi menakutkan.. saya mimpi kena kejar dan diancam bunuh.. berturut2 jgk spi blh igt.. cumanya saya tak amik port sgt hahaha..

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)