Telefon Bimbit Pertama Dunia

March 15, 2014

Mungkin boleh dikatakan hampir semua orang menggunakan telefon bimbit ini. Malah ada yang mempunyai alat komunikasi ini lebih daripada satu. Tapi mungkin ada segelintir daripada kita yang belum tahu siapakah pencipta handphone pertama di dunia kan?

Handphone atau telefon bimbit, pertama kalinya dicipta 40 tahun lalu oleh seorang pekerja di syarikat Motorola, iaitu Martin Cooper. Mahu tahu lebih lanjut tentang Martin Cooper? 

[TekStory] Sejarah pembuatan handphone pertama di dunia
Martin Cooper bersama telefon bimbit Motorola DynaTAC 8000X
Martin Cooper atau nama sebenarnya Martin Marty Cooper lahir pada 26 Disember 1928 di Chicago, Illinois, USA. Cooper dibesarkan di Chicago dan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang teknik elektro di Institut Teknologi Illinois pada tahun 1950. Ketika masih muda, Cooper bergabung dengan Angkatan Laut Amerika Syarikat dan bertugas bersama Angkatan Laut AS selama Perang Korea. Selesai perang, Cooper bekerja di syarikat bernama Teletype, yang merupakan anak syarikat dari Western Electric. Pada tahun 1954, Cooper berpindah ke sebuah syarikat bernama Motorola dan menjadi pengurus di sana.

Martin Cooper telah melakar sejarah dalam bidang teknologi komunikasi apabila beliau mencipta telefon bimbit pertama kalinya dan membuat penggilan dengan telefon ciptaannya sendiri. Namun pada masa itu handphone ciptaan Martin Cooper belum boleh digunakan oleh orang ramai kerana belum dihasilkan secara meluas. Dan bermula bulan Mac 1983, Motorola DynaTAC iaitu handphone pertama ciptaannya dipasarkan dan dijual secara bebas.

Motorola DynaTAC 8000X

Handphone yang seberat 454gram ini, mempunyai bateri yang hanya mampu bertahan selama 8jam dan mampu menyimpan sebanyak 30 nombor sahaja, dan tempoh untuk full charge adalah selama 10jam. Signal pada saat itu juga sangat lemah, tidak semua tempat yang mempunyai signal untuk membuat panggilan telefon.

Selain Cooper, ada seorang lagi yang berjasa dalam perkembangan handphone, iaitu Amos Joel Jr, sebagai pakar dalam bidang switching. Switching merupakan sistem penyambung pada handphone dari satu wilayah ke wilayah yang lain. Maksudnya, switching tersebut berfungsi sebagai pengatur supaya ketika pengguna handphone berpindah tempat, hubungan atau jaringan tidak terputus. Itulah sebabnya walaupun kita sedang berada dalam kendaraan yang bergerak, kita tengah membuat panggilan dan jaringan tersebut akan tetap bersambung.

Pada masa itu, handphone pertama di dunia disebut sebagai 1G yang masih bersifat analog dan dikenali dengan istilah AMPS, menggunakan frekuensi 825Mhz-894Mhz dan dioperasikan pada Band 800Mhz. Kelemahannya adalah bentuk yang terlalu besar, sehingga kurang selesa bila digunakan. Selain itu pergerakan pengguna pun terbatas kerana teknologi pada waktu itu belum secanggih sekarang untuk menjangkau jaringan waktu pengguna berpindah tempat.


Namun pada sekitar tahun 1990-an barulah muncul 2G di Amerika dengan menggunakan teknologi CDMA, sedangkan di Eropah menggunakan GSM. Analognya sudah digantikan dengan digital. Kini sudah dicipta connection 3G yang mempunyai internet. Lebih canggih lagi, generasi keempat atau lebih dikenali sebagai 4G telah dicipta juga yang terdapat pada handphone masa kini.

Connection 4G ini mempunyai kelajuan yang tinggi, volume tinggi, kualiti baik, jangkauan global, dan fleksible untuk menjelajahi pelbagai teknologi berbeza. Kini kita dapat lihat bagaimana perkembangan handphone dari masa ke semasa seiring dengan kemajuan teknologi.


Sekarang, bukan hanya Motorola, malah sudah banyak syarikat-syarikat yang menghasilkan telefon bimbit seperti BlackberrySamsung, Iphone, Ninetology, Nokia, Sony Ericson dan banyak lagi.

   









p/s: Telefon bimbit jenama Iphone dan Samsung adalah paling banyak digunakan oleh kawan-kawan saya. Dan saya adalah pengguna Samsung :)





You Might Also Like

5 comments

  1. memang legend lah telefon bimbit botol air...

    ReplyDelete
  2. skang ni kuar telefon baru dr Sony iaitu Xperia Z2...tp blum dipasarkan di Malaysia.. btw, jom kte tggu sme2..

    ReplyDelete
  3. @Zik yap, btl tu, x sabar rase nk tgk, hehe

    ReplyDelete
  4. masa sekolah dulu pernah guna tp botol air la.. hehe

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)