Demam Selsema Mengganggu Kerja Harian

November 15, 2013

Assalamualaikum w.b.t..

Baru-baru ni ak ada post tentang Demam Piala Malaysia, tapi hari ni, demam lain pulak, hehehe.. Sudah hampir lima hari ak demam, bukan demam biasa, tapi demam selsema. Dalam masa lima hari ni, ak tak lalu nak makan, mungkin demam ni yang membuatkan selera makan ak semakin menurun. Ak rasa bersalah sangat sebab tak dapat involve dalam group discussion, bukan taknak pergi, tapi keadaan ak tak mengizinkan. Ak perhatikan, bila orang lain selsema, masih boleh buat kerja, tapi ak tak boleh. Tahap selsema ak ni memang lain, sampai nak celik mata pun tak boleh. Mungkin ni ujian untuk ak, dan orang cakap, sakit tu penghapus dosa. InsyaAllah, dengan sakit ni, dapat mendekatkan lagi kita dengan Pencipta..

Suatu hari, ak google tentang demam selsema ni, ak nak tau punca ak dapat selsema teruk macam ni, dan akhirnya, ak jumpa link ni. Dalam website ni, ada beritahu tentang punca demam selsema, kesan-kesan, dan juga cara nak mencegahnya. Mungkin korang pun boleh baca, untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang ni..

Dan tiba-tiba ak rasa termometer sangat penting terutamanya time demam macam ni, at least kita boleh tahu suhu badan kita sendiri. Ada dua jenis termometer yang ak tahu, iaitu termometer kaca dan termometer elektronik. Ak rasa termometer jenis elekronik atau digital ni lebih sesuai digunakan di rumah sebab mudah untuk baca suhu dan lebih selamat kot..hehehe

Termometer kaca mengandungi merkuri di dalamnya
Termometer elektronik/digital
   

P/s: Terima kasih kepada Cik Roomate, sebab tolong 'tapau'kan makanan tadi.. Terima kasih :D



You Might Also Like

9 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)